suria

Wow! Dari dalam rumah hingga ke pagar, dekorasi ibu 'meriah'... sanggup cat basikal lama buat hias laman - "Saya tolong angkat-angkat barang je"

Keadaan di halaman dan dalam kediaman itu yang menerima pujian ramai netizen.

AKTIVITI menghias rumah sememangnya sinonim dengan kaum hawa khususnya bagi yang bergelar sebagai suri rumah.

Terbaharu, tular di aplikasi TikTok beberapa video memaparkan dekorasi luar biasa sebuah rumah teres di Sungai Petani, Kedah.

Selain halaman dan kawasan pagar yang meriah dengan bungan-bungaan, ia turut diserikan dengan pelbagai perabot serta props sehinggalah ke dalam rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik sewa cuma ada katil dan almari, ejen hartanah ini belanja RM300 sahaja hias kamar dekorasi mewah

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Interior Design jelmakan sentuhan magis di kamar tidur, ibu 'teringin' siap buat permintaan khas - “Ingat tak sempat sebelum raya”

Menurut Wawa Zaini, video yang dikongsi merupakan kediaman keluarganya yang mana ia dihias sendiri seratus peratus oleh ibunya, Paridah Abdullah, 54, yang turut dikenali sebagai Mak Ndak dalam kalangan kenalan terdekat.

"Kami memang dah lama menetap di rumah tu, sejak saya kecil lagi dah 20 tahun rasanya. Dulu satu unit sahaja, kemudian beli satu lagi unit sebelah dan digabungkan, sebab tu nampak luas sikit.

"Mak pula memang minat dekorasi. Dari zaman dia anak dara lagi. Sekarang adik-adik saya pun dah besar, boleh fokus pada hiasan. Tapi memang dah lama dia minat," ujarnya kepada mStar.

Kata Wawa, dekorasi ini dihasilkan 100 peratus oleh ibunya.

Menurut Wawa, dia yang menetap di Kuala Lumpur sekadar berkongsi video persekitaran rumah keluarganya di TikTok dan tidak menyangka ia akan meraih perhatian ramai.

Mengakui terkejut dengan reaksi yang diterima, Wawa akui bersyukur apabila pujian-pujian yang ditinggalkan turut memberi kegembiraan buat ibunya yang juga suri rumah sepenuh masa.

Dekorasi tu memang 100 peratus dia buat. Saya tolong angkat-angkat barang je.

WAWA

"Ada satu je komen yang cakap dekorasi tu nampak serabut. Yang lain kebanyakan cakap cantik. Ada juga yang tanya, kanak-kanak tak usik ke?

"Mak dah ada lima cucu. Tapi mereka pun dah terbiasa, setakat sentuh-sentuh je lah. Tapi tak pernah sepahkan.

Wawa (kanan) dan kedua ibu bapanya.

"Bila video halaman rumah tu viral, saya tunjuk pada mak komen-komen netizen. Dia pun gembira, seronok.

"Lepas tu kami buat video tunjuk kawasan dalam rumah dengan dapur pula. Saya sendiri pun dah terbiasa dengan dekorasi macam tu, tapi untuk saya sendiri, saya suka hiasan moden dan simple," ujarnya.

Imbas Wawa, ibunya cukup komited dalam usaha mencantikkan rumah dan sanggup melakukan pelbagai kerja sendirian.

Hiasan-hiasan yang dibuat oleh ibu Wawa di kediaman mereka.

"Macam hiasan basikal tu. Ia sebenarnya basikal buruk. Tapi mak cat semula dengan warna putih. Kerusi pun macam tu juga.

"Dekorasi tu memang 100 peratus dia buat. Saya tolong angkat-angkat barang je. Ayah pun support mak buat dekorasi," ujarnya lagi.

Sehingga kini, beberapa video dekorasi kediaman ibu Wawa yang dikongsi di TikTok menerima lebih 300,000 tontonan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain