suria

Bisnes asyik tak menjadi, tiba-tiba dapat durian runtuh... pemuda nak kumpul duit ziarah pusara ibu menangis di FB Live - “Dia cakap nak borong”

Malam kejadian Niyyar di Fb Live tular apabila menangis kerana terharu ada pemborong yang membeli baju bundlenya

JATUH bangun dalam perniagaan itu sudah menjadi perkara biasa.

Siapa pun diri kita, jika baru dalam dunia perniagaan sudah pasti akan berdepan cabaran dan dugaan.

Akhir-akhir ini, perniagaan atas talian mendapat sambutan luar biasa sehinggakan ramai yang beralih ke bidang ini, biarpun dalam kalangan artis mahupun orang biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa kerusi atau payung, pasangan suami isteri cekal jual dadih atas motor... paling sebak siap kendong anak kecil - “Pernah nampak... malam-malam pun bawa anak jual dadih”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dipandang rendah mak bekas awek, tapi jejaka ini tidak putus asa... kini usahawan air dapat untung 5 angka sebulan, miliki kereta idaman - "Sebabnya saya lebihkan keluarga"

Begitulah yang dialami seorang pemuda ini yang tidak pernah berputus asa menjalankan perniagaan hanya menerusi Facebook Live walaupun hanya dua tiga orang yang menonton.

Menurut Niyyar Bakri, masih bujang, yang berasal dari Tawau, Sabah, sudah banyak jenis perniagaan yang dia ceburi sebelum ini, tetapi masih gagal.

"Saya dah banyak kali tukar-tukar bisnes. Apa pun jalan perniagaan yang boleh mendapatkan wang, saya buat sahaja asalkan dapat wang.

"Saya lebih suka menjual di FB Live berbanding membuat jual beli menerusi WhatsApp atau Messenger," ujarnya.

Hendak dijadikan cerita, FB Live itu tular apabila pemuda yang lebih dikenali sebagai Niyyar menangis kerana terharu ada pembeli memborong barang yang sudah lama tidak laku.

Niyyar sering menggunakan Facebook Live untuk berniaga secara dalam talian.

"Saya memang tak sangka rezeki saya hari itu. Masa saya jual barang itu dulu, seorang dua sahaja yang beli.

"Baju yang dibeli itu saya pernah jual dulu tetapi tidak laku, baju yang saya jual sekarang pula diambil dari Korea, modalnya dikongsi bersama makcik saya.

"Mulanya saya live pukul 11 malam sampai 1 pagi. Lepas tu saya berenti makan. Selepas itu saya buat live lagi sebab banyak lagi barang yang tak terjual.

Dari mula dulu saya buat bisnes memang saya suka buat live, sebab takut pelanggan tak puas hati dengan barang.

NIYYAR

"Tiba-tiba ada satu seller juga, dia komen nak baju Adidas. Baju tu dah lama tak laku sebab tak ada yang minat, jadi saya simpan di belakang. Dia cakap nak borong.

"Saya tak sangka, memang terkejut. Saya menangis bukan sebab tak ada orang masuk live saya. Saya menangis sebab terharu," ujarnya.

Selepas lima bulan berniaga bundle di atas taliab, Niyyar menganggap malam itu ibarat nak memancing ikan tetapi dapat udang besar.

Katanya, pakaian bundle itu dibeli pada harga RM3,000 oleh salah seorang daripada tiga individu yang mengikuti FB Live Niyyar.

Niyyar pernah membuat siaran Facebook dengan kehadiran seorang penonton sahaja.

Bercerita lanjut kepada mStar, Niyyar berkata, sebelum ini dia berhasrat menziarahi pusara ibunya kerana sejak kehilangan insan tersayang itu pada 2009, baru dua kali dia berpeluang ke tanah kubur yang terletak di Indonesia itu.

"Saya berdoa agar baju-baju bundle saya terjual kerana nak kumpul duit.

"Mungkin berkat doa dan saya anggap rezeki saya sebab tidak putus asa, ada orang beli banyak terus dan sekaligus jadi viral," ujarnya.

Menurut pemuda ini lagi, dia memilih kaedah FB Live kerana mahu pelanggan berpuas hati dengan barangan yang dijual.

Bagainya, jika sekadar memuat naik gambar ada kemungkinan warna, jenis kain, size dan sebagainya tidak sama seperti dalam gambar.

"Dari mula dulu saya buat bisnes memang saya suka buat live, sebab takut pelanggan tak puas hati dengan barang.

"Zaman sekarangkan ramai yang suka edit gambar, bila sampai.. barang tak sama dengan gambar," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain