suria

Pelajar Interior Design jelmakan sentuhan magis di kamar tidur, ibu 'teringin' siap buat permintaan khas - “Ingat tak sempat sebelum raya”

Transformasi bilik Ean mencuri perhatian ramai di Twitter.

SEBELUM terjun ke dunia pekerjaan dan memberi sentuhan magis di kediaman pelanggan, pelajar bidang hiasan dalaman ini menjadikan kamar tidurnya sebagai kanvas untuk berkarya.

Disiapkan dalam tempoh sekitar sebulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), transformasi bilik oleh Muhammad Azreen Shah Sepian, mencuri perhatian ramai di Twitter.

Menerusi panggilan bersama mStar, dia yang mesra disapa Ean menghasilkan dekokari berkonsepkan minimalis dan scandinavian itu dalam kos sekitar RM1,100 sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP ‘berisi’! Bilik bakal guru berubah wajah dengan hanya aktiviti ‘mengklik’, memang terkejut kalau tahu kosnya - “Mula-mula rasa mustahil”

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak semua lelaki pengotor", dekorasi DIY pelajar ini kejutkan ramai teman sekampus

"Saya mulakan pada Mei dan baru sahaja siap. Cuma ambil masa dari segi barang sebab semua dibeli secara atas talian disebabkan PKP.

"Ada enam kali batch penghantaran melibatkan 40 item. Antaranya meja, rak, pokok bunga, cat dan sebagainya.

Dekorasi konsep minimalis dan scandinavian hasil sentuhan magis Ean.

"Saya buat sendiri semuanya termasuklah proses mengecat yang mengambil masa satu malam," ujarnya.

Menetap di Seremban 2, Negeri Sembilan, pemuda berusia 22 tahun itu kini menyambung pengajian di peringkat diploma di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Rembau.

Ingat tak sempat sebelum raya, Alhamdulillah lengkap transformasi yang saya lakukan.

MUHAMMAD AZREEN SHAH SEPIAN

PELAJAR

Kata Ean, transformasi biliknya boleh dijadikan sebagai portfolio hasil kerja untuk menjadi rujukan kerjaya pada masa akan datang.

Malah, reaksi positif yang diterima di Twitter memberi semangat untuknya mengejar impian dalam bidang itu suatu hari nanti.

Keadaan bilik Ean sebelum transformasi.

"Boleh menjadi batu loncatan untuk kerjaya saya nanti. Bersyukur dapat reaksi positif, memang tak sangka.

"Jika ada yang mesej minta pendapat, pertanyaan... saya juga terbuka untuk membantu.

"Ingat tak sempat sebelum raya, Alhamdulillah lengkap transformasi yang saya lakukan," ujarnya.

Ean melakukan transformasi bilik sepanjang tempoh PKP.

Kata Ean, projek seterusnya ialah membuat transformasi di ruang tamu kediaman keluarga atas permintaan ibunya.

"Next, ibu suruh tukar ruang tamu selepas dia tengok hasil bilik saya. Tapi yang ni tak sempat untuk raya," ujarnya berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain