suria

Nyaris dipukau 'perempuan batu merah' semasa nak ke ATM... gadis serik tak kunci kereta, takut jalan sendirian - “Lepas baca-baca terus aunty tu bagi beg duit”

Gadis tersebut mendakwa nyaris dipukau seorang wanita yang menggenggam batu merah di tangannya. Gambar sekadar hiasan.

WALAUPUN dunia sudah moden tapi masih ada individu yang menggunakan teknik pukau untuk mencuri.

Terbaharu seorang gadis mendakwa nyaris menjadi mangsa pukau dalam satu insiden dekat sebuah stesen minyak di Batu Berendam, Melaka, petang Ahad lalu.

Kisah tersebut dikongsi rakan kepada gadis berusia 25 tahun itu, Hanatasha menerusi satu bebenang di Twitternya.

ARTIKEL BERKAITAN: Migrain tanpa sebab dan kerap mimpi pelik antara 26 tanda terkena sihir

ARTIKEL BERKAITAN: Nabi Muhammad disihir, patung dicucuk 11 jarum namun 2 surah berjaya hapus kesakitan

Perkongsian tersebut mendapat lebih 17,000 ulang kicau dan 16,100 tanda suka daripada netizen.

Menurut gadis tersebut, dia dihampiri seorang wanita bertudung ketika mahu mengeluarkan wang di mesin pengeluaran automatik (ATM) di stesen minyak tersebut.



Kisah menimpa gadis tersebut dikongsi rakannya di Twitter sehingga menjadi tular.

"Masa parking kereta memang perasaan ada sebuah motor tiba-tiba parking dekat sebelah. Buat tak tahu je sebab tak tahu dia ada niat jahat kat kita. Nasib baik hati ni tergerak nak kunci kereta.

“Biasanya kalau pergi ATM nak withdraw tak kunci kereta kononnya kejap je. Tapi lepas ni memang aku kunci kereta walaupun lima minit. Masa tu memang tak ramai orang pun kat situ. Maybe sebab hujan kot.

“Aku tarik pintu sebab nak scan My Sejahtera. Tiba-tiba seorang perempuan datang dari belakang dan pegang tangan aku, konon-konon nak tarik juga pintu tu. Cepat-cepat aku tarik tangan aku. Dalam hati tiba-tiba berdebar. Eh kenapa ni?" ceritanya berdasarkan tangkap layar yang tular itu.

Gadis itu turut memberitahu dia terlihat batu berwarna merah dalam genggaman tangan wanita tersebut.

“Dia baca-baca tapi aku tak tahu apa yang dia baca. Lepas dia baca-baca tu terus dia pandang muka aku. Tengok dari pakaian macam selekeh, nak cakap Melayu macam bukan, Indon pun bukan tapi bertudung (ala-ala kadar).



Gadis tersebut didatangi seorang wanita ketika mahu mengeluarkan wang di mesin ATM dekat sebuah stesen minyak.

“Kuasa Tuhan masa perempuan tu pandang muka aku dan minta beg duit, aku terus toleh kiri pastu cepat-cepat masuk. Time ni dalam hati tak tahu nak cakap apa. Rupa-rupanya motor yang parking dekat sebelah kereta aku tadi ada kat belakang aku.

“Macam manalah aku boleh tak perasaan, siap tunggu sampai aku keluarkan duit. Lepas keluarkan duit, aku tunggu dalam stesen minyak tu tak berani nak keluar. Lepas tu aku minta tolong cashier dekat situ," katanya.

Kalau aku pandang muka perempuan batu merah tu mesti kena macam aunty Cina tu. Nasib baik Ya Allah.

MANGSA

Malah dari dalam kedai serbaneka di stesen minyak itu, gadis tersebut sempat melihat wanita berkenaan menahan seorang makcik berbangsa Cina sebelum melarikan dompetnya.

“Lepas perempuan tu baca-baca terus aunty tu bagi beg duit dia. Perempuan tu ambil duit dalam purse aunty tu, terus naik motor tergesa-gesa pergi.

“Lepas tu aunty tu jerit minta tolong and cakap perempuan tadi tu ambil duit dia. Dia cuba minta tolong tapi semua orang kat situ tak nampak motor yang mana satu. Cashier tu cakap ni kes pukau ni," katanya.



Gadis tersebut melihat seorang aunty Cina menyerahkan dompetnya kepada perempuan batu merah.

Pada masa sama, gadis tersebut meluahkan rasa syukur kerana terselamat dari insiden tersebut.

“Ya Allah, memang menggigil la aku bila terbayang muka perempuan tu and lelaki tu di belakang aku je weh. Memang dekat. Tiba-tiba je dia ada kat situ. Mesti dah plan.

“Kalau aku pandang muka perempuan batu merah tu mesti kena macam aunty Cina tu. Nasib baik Ya Allah.

“Lepas tu cashier tu hantar aku sampai masuk kereta sebab dia tengok muka aku dah pucat. Dia pesan jangan singgah mana-mana terus balik rumah, takut dia ikut dari belakang," katanya.

Insiden itu ternyata memberi kesan mendalam kepada gadis tersebut.



Tangkap layar perkongsian gadis tersebut mengenai insiden menimpanya pada petang Ahad lalu.

“Memang macam drift lah aku bawa. Yang pelik semua orang kat situ tak nampak perempuan batu merah tu pergi tergesa-gesa. Sampai rumah terdiam jugalah bila teringat pasal tadi.

“Mesti perempuan tu pakai ilmu guna-guna sebab tu semua orang tak nampak motor tu pergi mana. Sumpah takut tak pernah kena macam ni.

“Lepas tu beritahulah kat famili, ayah bising jugalah sebab selama ni tak nak kunci kereta and suka jalan-jalan sorang-sorang. Lepas ni tak nak dah jalan sorang-sorang. Takut," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain