suria

Ujian demi ujian, kali ini Elewsmart dipecah masuk! Ustaz Ebit kekal tenang, harap 2 lelaki pakai helmet dapat hidayah

(kiri) Ustaz Ebit di hadapan pasaraya Elewsmart cawangan Sungai Buloh. (kanan) Rakaman CCTV yang dimuat naik di Facebook beliau.

"YA ALLAH aku mengadu sedih dan susahku hanya pada-Mu"

Demikian doa yang dipanjatkan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew susulan pasar raya miliknya, Elewsmart cawangan Sungai Buloh, Selangor, dipecah masuk pada awal pagi Khamis.

Berkongsi butiran kejadian itu menerusi satu perkongsian di Facebook, Ebit berkata menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), premisnya dipecah masuk oleh dua individu yang memaki topi keledar kira-kira pada pukul 3.30 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit umum harga tak masuk akal di pasar raya, ramai mula bimbang timbul ‘isu’ lain - “Yang terlebih mampu jangan ambil kesempatan pula ye”

ARTIKEL BERKAITAN: Berjuta ringgit dibelanja, Ebit Lew sedih bantuan disalaherti - “Minta maaf, jangan tag saya lagi kes orang susah...”

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew boleh terus turun padang ketika PKP... dipanggil ke Bukit Aman kerana ramai tidak puas hati, anggap menunjuk-nunjuk

"Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart Sungai Buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman CCTV. Dua lelaki pakai helmet.

"Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya pada-Mu," tulisnya.

Walupun sayu dengan musibah yang menimpa, Ebit bagaimanapun berlapang dada dan percaya bahawa apa yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.



Ustaz Ebit beramah mesra dengan orang ramai yang mengunjungi Elewsmart Sungai Buloh ketika pembukaannya pada 25 Julai.

"Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua ye biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat di sebalik semuanya.

"Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali pada-Nya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik," tulisnya lagi.

Elewsmart cawangan Sungai Buloh merupakan satu daripada 10 cawangan pasar raya milik pendakwah terkenal tersebut di sekitar Lembah Klang.



Ustaz Ebit memuat naik posting sempena pembukaan Elewsmart Sungai Buloh pada 25 Julai lalu.

Pembukaan cawangan tersebut diadakan secara rasmi pada 25 Julai lalu.

Selain Sungai Buloh, pasar raya Elewsmart yang menawarkan harga yang rendah pada setiap barangannya turut dibuka di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Balakong, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Sementara itu, posting berkenaan sehingga kini meraih 3,500 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat pendakwah berkenaan.



Ustaz Ebit ketika hari pembukaan Elewsmart Sungai Buloh.

"Allah pasti akan ganti yang lebih baik untuk hambanya yang reda dengan ujian macam ustaz. Saya doakan semoga perniagaan ustaz terus maju lagi lepas ni supaya dapat membantu orang yang kurang berkemampuan," tulis seorang netizen.

"Ya Allah gandakan rezeki ustaz Ebit Lew, gantikan dengan rezeki yang baik dan limpahkan rahmat untuk ustaz... semoga yang hilang berganti dengan berlipat ganda," komen netizen lain pula.

"Semoga ustaz tabah. Pasti ada hikmah yang Allah nak tunjuk. Berserah kepada Allah jalan yang terbaik," komen seorang lagi netizen.

Ini bukan 'ujian' kali pertama yang dihadapi Ebit. Sebelum ini, tindakannya berdakwah menerusi bantuan kepada golongan masyarakat yang kurang berkemampuan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu turut dikecam dan tidak disenangi segelintir pihak.

Malah, beliau turut dipanggil memberi keterangan kepada Bukit Aman susulan insiden tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain