suria

Bagai mati hidup semula... Pelajar imbau detik darah memancut dari leher akibat tragedi 5 tahun lalu - “Dua hari mak tak selera makan”

Aiman berkongsi semula kisah yang berlaku pada tahun 2015.

IBARAT mati hidup semula.

Begitulah gambarannya mengenai kemalangan jalan raya yang menimpa pelajar ini pada tahun 2015.

Biarpun sudah lama berlalu, Muhammad Aiman Yahya, 20, tampil mengimbas semula kisah itu di laman Twitter pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam punca kemalangan! Gadis terpaksa dibedah 3 kali, muka tertusuk cermin mata ketika edar taqwim bantu keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sedih tengok rider ini kemalangan, tapi sahabat dedah mesej dihantar kepadanya sebelum mula kerja 10 kali lebih menyayat hati

Memperincikan peristiwa yang dialami, dia yang mesra disapa Aiman mendedahkan darah keluar memancut-mancut dari lehernya akibat terkena serpihan cermin kereta.

"Masa tu saya baru balik dari rumah kawan. Saya bawa motor dan ada lori sedang bagi laluan kepada sebuah kereta di hadapan sebuah klinik.

"Saya tak nampak kereta tu dan potong belah kiri sehingga terlanggar tingkap belakang kereta tu.

"Cermin tersangkut dekat leher, leher saya terkelar dan banyak darah tersembur, saya pun pengsan masa tu," ujarnya kepada mStar.

Aiman mengelami kecederaan teruk dalam kemalangan itu.

Menurut Aiman, sewaktu kejadian yang berlaku di Tangkak, Johor itu, seorang rakannya segera membuka bajunya untuk menahan darah yang tidak berhenti keluar dari lehernya.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke Hospital Muar untuk menerima rawatan.

Ia bagaikan peristiwa paling gelap dalam hidup saya.

MUHAMMAD AIMAN YAHYA

"Ada member saya tolong, dia buka baju tahan darah. Selain kecederaan leher, saya juga patah rahang.

"Masa tu makan pun rasa sakit," imbas pelajar bidang Rekaan Grafik di sebuah kolej di Batu Pahat itu.

Aiman bersama ibunya.

Menurut Aiman lagi, ibunya, Rozytah Hassan, 51, pada waktu itu turut terkesan dengan kemalangan yang menimpanya sehingga hilang selera makan selama dua hari.

"Sejujurnya, saya syukur diberi peluang hidup lagi sekali. Dalam enam bulan juga untuk sembuh sepenuhnya.

Kejadian berlaku di Tangkak pada tahun 2015.

"Ia bagaikan peristiwa paling gelap dalam hidup saya. Dua hari mak saya tak ada selera nak makan.

"Saya cuma nak kongsi kisah ni di Twitter, apa yang saya rasa dan alami. Dua bulan juga saya tak naik motor masa tu," ujarnya lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain