suria

Bilik tidur gaya kampung disuntik elemen trendy, pelajar UiTM puas hati transformasi RM2,000 menjadi - “Saya bukan jenis terperap dalam bilik”

Gambr sebelum dan selepas transformasi bilik tidur Halim yang tular di Twitter.

SUNTIKAN elemen moden pada bilik tidur pemuda ini ternyata mengubah dekorasi asal ruang yang didiami selama lebih 20 tahun.

Malah, ia kelihatan cukup berbeza biarpun disempurnakan dalam masa dua minggu dengan kos sekitar RM2,000 sahaja.

Empunya badan, Abdul Halim Asmungi, 25, berkata, dia mendapat ilham untuk melakukan transformasi dek kelapangan waktu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Interior Design jelmakan sentuhan magis di kamar tidur, ibu 'teringin' siap buat permintaan khas - “Ingat tak sempat sebelum raya”

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, elegan maskulin! Selepas buat perubahan, katil saiz ‘queen’ di bilik pegawai bank undang tanda tanya

"Bilik itu separuh kayu dan konkrit. Bilik gaya kampung. Masa PKP saya tengok ramai orang dekorasi bilik mereka.

"Saya cat semula, beli katil baharu, tambah lighting termasuklah elemen neon untuk bagi nampak moden. Langsir pun saya pasang sendiri," ujarnya kepada mStar.

Halim merupakan penuntut UiTM.

Mesra disapa Halim, penuntut bidang Kejuruteraan Minyak dan Gas Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu mengakui turut berhadapan beberapa cabaran dalam menyempurnakan misi berkenaan.

Selain kekangan kewangan, dia juga perlu bijak merencana masa kerana perlu mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Tapi saya pun bukannya jenis sentiasa terperap dalam bilik.

ABDUL HALIM ASMUNGI

"Cabaran terbesar bagi saya adalah kos. Saya pelajar, agak lama juga kumpul duit. Tapi sejak PKP saya tinggal dengan mak ayah, dah jimat sikit duit belanja.

"Masa renovate tu juga, saya kena study online, ada assignment nak kena siapkan. Sebab tu ambil masa dalam dua minggu," ujarnya yang menetap di Puchong.

Keadaan asal bilik Halim.

Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, dia membuat rujukan di Internet untuk mencari hala tuju konsep yang dimahukan.

Paling penting katanya, ia berkonsepkan 'work space bedroom' memandangkan dia memerlukan ruang selesa untuk pembelajaran secara dalam talian.

Halim berpuas hati dengan hasil transformasi berkenaan.

"Sebelum ni saya kongsi bilik dengan abang. Sebab tu ada dua katil bujang. Tapi abang dah kerja di Sabah. Jadi saya beli satu katil baharu.

"Memang puas hati dengan hasil bilik tu, rasa selesa dan berehat. Kalau ada masa terluang boleh main game atau tengok Netflix.

Elemen pencahayaan neon menyuntik elemen moden dalam ruangan ini.

"Tapi saya pun bukannya jenis sentiasa terperap dalam bilik," ujarnya dalam nada berseloroh.

Sehingga kini, posting transformasi bilik tidur gaya kampung yang berubah 360 darjah menjadi ruang moden dan urban itu menerima hampir 15,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Bilik tidur ini didiami Halim bersendirian selepas abangnya berhijrah ke Sabah.

Malah, ramai netizen turut memuji sentuhan magis yang dilakukan pelajar itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain