suria

Wow, elegan maskulin! Selepas buat perubahan, katil saiz ‘queen’ di bilik pegawai bank undang tanda tanya

Transformasi bilik tidur pegawai bank ini menerima pujian ramai di Twivtter.

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai dalam kalangan kita yang mengambil kesempatan atas masa yang terluang untuk melakukan transformasi bilik tidur.

Tidak terkecuali seorang pegawai bank yang menetap di Sentul, Kuala Lumpur yang turut berkongsi perkara sama menerusi laman Twitter sehingga ia menjadi tular.

Selain foto transformasi, perubahan saiz katil dalam biliknya turut mendapat perhatian sehingga ada netizen yang mengusik kononnya dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP ‘berisi’! Bilik bakal guru berubah wajah dengan hanya aktiviti ‘mengklik’, memang terkejut kalau tahu kosnya - “Mula-mula rasa mustahil”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Interior Design jelmakan sentuhan magis di kamar tidur, ibu 'teringin' siap buat permintaan khas - “Ingat tak sempat sebelum raya”

Bercakap kepada mStar, Zakwan Hasni, 28, mengakui mula melakukan transformasi itu sekitar April lalu.

"Sebenarnya itu rumah sewa, saya pun telah mendapat kebenaran tuan rumah untuk buat transformasi itu.

Keadaan bilik asal Zakwan.

"Saya duduk di situ dengan kawan saya, tapi dia ada di kampung sepanjang PKP. Saya bosan sendirian, sebab tu tercetus idea nak ubah bilik. Otak dah tepu masa tu.

"Tapi idea tu datang secara spontan. Bulan pertama saya start beli barang dan akhirnya siap dalam tiga bulan," katanya.

Mesra disapa Zakwan, dia juga menepis usikan nakal rakan-rakan di Twitter berhubung katil yang baharu dibelinya dalam melengkapkan transformasi itu.

Saya cuba hasilkan konsep elegan maskulin. Agak mencabar juga, order barang lain... lain pula yang sampai.

ZAKWAN HASNI

PEGAWAI BANK

"Dari katil biasa ubah ke katil bersaiz queen, ada yang cakap saya buat persediaan untuk kahwin. Tak adalah sebab nak kahwin pun, tapi sebenarnya untuk keselesaan diri.

"Kos keseluruhan saya boleh kata dalam RM2,500. Tapi agak mencabar, barang yang dibeli lambat sampai semasa PKP.

Zakwan mengambil masa tiga bulan dalam melakukan transformasi itu.

"Saya cuba hasilkan konsep elegan maskulin. Agak mencabar juga, order barang lain... lain pula yang sampai. Tapi masih boleh diguna, cuma perlu diolah," katanya lagi.

Sehingga kini, posting yang dikongsi Zakwan menerima lebih 6,400 ulang kicau (Retweet).

Antara dekorasi baharu dalam bilik Zakwan.

Malah, rata-rata netizen turut memberi pujian atas transformasi yang dilakukan.

Selain itu, ada juga netizen yang meluahkan rasa kagum kerana kamar tidur seorang lelaki begitu cantik dan kemas sebagaimana foto yang dikongsikan jejaka yang berasal dari Kedah itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Lain