suria

“Kena guna patik ke, manalah tahu macam orang zaman dulu” - Pemuda menjerit dapat mesej daripada puteri raja

Tengku Puteri Afzan berkongsi video pantun yang dihasilkan Azfar untuknya di Twitter.

CUKUP dikenali di Twitter dan Instagram kerana video masakannya yang simple, siapa sangka celoteh pemuda berusia 22 tahun ini berjaya membuat ramai terhibur.

Malah kandungan video bersahaja yang dihasilkannya bukan saja diminati orang kebanyakan tetapi juga dalam kalangan kerabat diraja.

Terbaharu, Muhammad Azfar Herisyam berkongsi paparan skrin mesej yang diterima daripada Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah menerusi Twitternya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesan cheeseburger, dapat roti dan keju! McDonald’s terus DM Puteri Jihan... jawapannya buat netizen ‘cair’

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Pak Nil mengaku menggigil, jurufoto ini kongsi momen ditegur Tunku Azizah... siap bergambar bersama Agong - “Rasa sukar bernafas, sakit perut”

Perkongsian itu mendapat lebih 19,000 ulang kicau dan 47,700 tanda suka di platform media sosial tersebut.

Muhammad Azfar atau lebih mesra disapa Azfar berkata dia terkejut apabila menerima mesej daripada seorang puteri raja menerusi Twitternya.

"Saya check DM saya. Tiba-tiba saya tengok TPJ (Tengku Puteri Jihan) ada DM saya. Biar betul, saya macam tak percayalah ingat akaun tipu ke apa.

"Sekali buka, saya check memang akaun betul. Saya menjerit, terkejut... rasa macam mimpi.

Paparan skrin mesej Tengku Puteri Jihan yang diterima Azfar menerusi DM di Twitternya.

"Bahasa dia pun biasa je, macam dengan kawan-kawan. Jadi saya pun reply mesej tu," katanya kepada mStar.

Menerusi mesej tersebut, Azfar berkata Tengku Puteri Jihan memintanya supaya menghasilkan video khas untuk kakaknya, Tengku Puteri Afzan.

"TPJ beritahu kakak dia minat saya. Mereka sebenarnya selalu tengok video dalam channel YouTube saya.

"Sebab tu dia hantar request boleh tak buat video sebab dia nak surprise kan kakak dia. Mula-mula tu dia minta saya rahsiakan dulu perkara tu," katanya.

Namun pemuda kelahiran Melaka itu tidak menduga video tersebut mendapat respons positif daripada Tengku Puteri Afzan.

"Bila bagi video tu saya minta maaf dekat TPJ kalau bahasa tak proper. Tapi dia gelak-gelak, dia suka.

"Dia pun tunjuk kat kakak dia, tak lama kemudian kakak dia, Tengku Puteri Afzan pun DM saya ucap terima kasih pasal video tu.

"Diorang kata buatlah video masak-masak lagi. Saya memang tak sangka diorang tengok video tu sebab saya main bedal je," katanya.

Antara karakter Azfar dalam video yang dihasilkannya.

Bercerita mengenai idea penghasilan video pantun istimewa itu, Azfar berkata dia mengambil sedikit masa untuk memikirkan kandungan yang sesuai.

"Mulanya saya risau sebab tak tahu nak bahasakan diri macam mana. Saya fikir banyak kali nak guna bahasa apa.

"Nak kena guna patik ke, manalah tahu macam orang zaman dulu-dulu. Tapi since diorang pun OK saya buatlah pantun simple.

Ada suka ada juga yang mengecam. Tapi sekarang saya dah tak layan dah haters saya. Tak pe, at least now I see my level dah.

MUHAMMAD AZFAR HERISYAM

Content creator

"Saya tak sangka dia suka walaupun tak formal. Saya rasa takut kalau ada buat silap tapi dia cakap dia OK," katanya.

Selepas Tengku Puteri Afzan memuatnaik video pantun Azfar di Twitter barulah Azfar berkongsi video dihasilkannya itu.

Tanpa disangka video pantun tersebut dengan kapsyen ‘Thank you @Azfarheri ada background music lagi’ mendapat hampir 750,000 tontonan di Twitter.

Tidak menafikan ada juga yang mengecam video yang dihasilkannya, Azfar bagaimanapun enggan ambil peduli komen-komen negatif tersebut.

Azfar menerima Anugerah Silver Play Button daripada YouTube kerana memperoleh 100,000 subscriber baru-baru ini.

"Ada suka ada juga yang mengecam. Tapi sekarang saya dah tak layan dah haters saya.

"Tak pe, at least now I see my level dah," katanya dalam nada berseloroh.

Baru-baru ini penuntut jurusan interaktif multimedia di sebuah universiti swasta di ibu negara ini turut menerima Anugerah Silver Play Button daripada syarikat video gergasi, YouTube.

"Memang terkejut sebab channel YouTube saya pun tak sampai lagi setahun. Semuanya bermula dengan video masak-masak sebab itu memang hobi saya.

"Anugerah tu sempena saya dapat 100,000 subscriber. Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya.

"InsyaAllah saya akan terus menghasilkan content video terbaik dan lain daripada yang lain untuk dijadikan inspirasi kepada semua," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain