suria

Abang penyayang pinjamkan earphone, adik ‘bertuah’ pulangkan AirPods - “Sampai sekarang dia tak beritahu saya...”

(kiri) Danial bersama adiknya yang meminjam fon telinga. (kanan) Keadaan fon telinga selepas dipulangkan. Foto ihsan Danial Hidayat Norahimi

TANPA diduga, seorang abang menerima kejutan daripadanya adiknya apabila menerima fon telinga (earphone) tanpa wayar yang semakin mendapat perhatian di pasaran, AirPods.

"Betul la orang kata kalau kita berkongsi rezeki dengan adik-beradik, rezeki akan bertambah. Hari tu bagi adik pinjam earphone, dia pulangkan AirPods," tulisnya di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 21,000 kali.

Menerusi satu bebenang, beberapa penjual bagi aksesori itu mengambil peluang untuk mempromosikan produk mereka selain beberapa peniaga bagi barangan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara buat 'water park' kat rumah, kepala adik ditimpa baldi – "Saya tak ada bajet, mujur adik-adik faham"

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tumpahkan mi goreng, abang sental kereta... Lelaki ini terkedu disuruh tengok kiri "Nampak senang, tapi bukan mudah nak bersihkan"

Pemuda berkenaan, Danial Hidayat Norahimi berkata, dia sekadar bergurau kerana foto 'AirPods' yang dikongsikan itu sebenarnya adalah bahagian fon telinga yang terputus wayarnya.



Wayar fon telinga yang terputus.

Remaja berusia 18 tahun itu memberitahu, terdapat segelintir netizen lebih teruja dengan perkongsiannya berbanding berasa simpati gara-gara foto 'AirPods' tersebut.

"Ada yang perasan dan ada yang tidak. Ye lah kan, kepala earphone yang terputus tu kalau ditengok pun macam AirPods. Bila baca status saya, ada di antara mereka yang percaya.

"Kelakar, sebab sepatutnya mereka bersimpati sebab earphone saya putus. Tapi ada juga yang bertanya tu AirPods betul ke atau earphone yang dah putus," katanya kepada mStar.



Perkongsian Danial di laman sosial menimbulkan tanda tanya segelintir netizen.

Danial berkata, fon telinga tersebut dipinjamkan kepada adik perempuannya berusia sembilan tahun, dan dia tidak kisah berkongsi barangnya dengan adik-beradik.

"Antara barang yang adik-adik saya selalu pinjam adalah earphone. Bukan pertama kali mereka pinjam. Dan ini juga bukan pertama kali earphone saya rosak, dah lebih empat kali.

"Tapi biasanya earphone rosak bila bahagian sebelah tak dapat dengar. Yang terputus ni memang pertama kali dan sampai sekarang adik tak beritahu saya kenapa boleh terputus macam tu," katanya yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak.

Anak kedua daripada empat beradik itu bagaimanapun memahami kerosakan itu mungkin tidak disengajakan dan tiada paksaan untuk menggantikannya kerana adik-adiknya masih bersekolah.



Antara peniaga AirPods yang mengambil peluang menjual produk di bebenang posting Danial.

Selain fon telinga, Danial yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak memberitahu, koleksi jersi juga sering dipinjam oleh adik lelakinya yang berumur 13 tahun.

"Saya ni lebih suka pakai jersi berbanding kemeja-T. Sebab saya ni lebih suka bersukan seperti bermain bola sepak. Macam-macam jersi bola saya ada.

Bukan pertama kali earphone saya rosak, dah lebih empat kali. Tapi biasanya earphone rosak bila bahagian sebelah tak dapat dengar.

DANIAL HIDAYAT NORAHIMI

"Sama nasib dengan earphone, ada juga jersi saya yang dirosakkan adik. Dah tahu tak boleh dicuci dengan mesin basuh dan hanya cucian tangan, dia masukkan juga dalam mesin basuh.

"Sudahnya nasib jersi macam earphone, sama ada logo atau lambang tertanggal, atau jahitan pada baju terkeluar," katannya.



Danial memakai jersi kelab Atletico Madrid yang menjadi kesayangan.

Bagaimanapun, pekerja sambilan di sebuah restoran itu menegaskan terdapat jersi tertentu yang tidak boleh dipakai apatah lagi dipinjam oleh adiknya.

"Saya penyokong kelab Atletico Madrid sebab dulu minat dengan legendanya yang kini bekas pemain iaitu Fernando Torres.

"Saya ada juga jersi pasukan lain seperti Liverpool dan Chelsea. Tapi yang satu ni kesayangan saya... jersi Atletico Madrid adalah dilarang. Sesiapa pun tak boleh usik, ” ujarnya secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain