suria

Gadis terpinga bangun pagi BF ajak ke pejabat agama, lagi bingung urusan dirahsiakan - “Sampai sana baru tahu...”

Sarah dan Samuel mula berkenalan sejak tahun 2014.

TIADA apa yang mampu diucapkan selain kata-kata syukur atas berita gembira yang diterima.

Demikian kata seorang gadis dikenali sebagai Sarah Darina apabila teman lelakinya yang beragama Kristian, Samuel Talip mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah di Pejabat Agama Daerah Johor Bahru pada Ahad.

Mesra disapa Sarah, dia mengakui sudah berkenalan dengan jejaka berketurunan etnik Iban dan Kenyah dari Sarawak itu sewaktu menuntut di sebuah institut pengajian di Bangi, Selangor pada tahun 2014.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun peluk Islam, apa yang dialami jejaka mualaf ini tidak pernah dijangka... terharu keluarga mentua terima menantu nakal!

ARTIKEL BERKAITAN: Sampainya hati! Baru sehari peluk Islam, dah ada yang tipu mualaf, “Menangis bukan sebab duit tapi sebab nak al-Quran”

"Selepas belajar, kami sama-sama datang bekerja sebagai pembantu teknikal di sebuah kilang di Pasir Gudang, Johor pada tahun lepas.

"Sebenarnya pada tahun 2016 atau 2017, Samuel ada cakap suatu hari nanti dia nak jadi muslim.

"Tapi semalam (Ahad) pagi-pagi dia ajak saya ke pejabat agama. Saya tanya urusan apa? Sampai sana baru tahu dia nak peluk Islam," ujarnya kepada mStar.

Mereka berdua kini bertugas di sebuah kilang di Pasir Gudang.

Masing-masing berusia 24 tahun, Sarah mengakui cukup gembira dan terharu atas berita itu.

Malah katanya, Samuel sendiri turut menitiskan air mata sejurus dia mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah.

"Saya memang rasa terharu dan terkejut. Samuel pun menitiskan air mata. Tapi masa tu saya tak masuk, cuma ada dia, seorang saksi lelaki iaitu kawan kami dan pegawai di sana.

Dia sendiri pun dikelilingi ramai kawan yang sentiasa mendoakan dia.

SARAH DARINA

"Tapi bukanlah sesuatu yang asing bagi dia. Kakak Samuel pun ada yang sudah peluk Islam, begitu juga saudara mara dia.

"Plan ke arah perkahwinan tu memang ada, InsyaAllah kalau ada rezeki," ujarnya lagi.

Perkongsian kisah ini di Twitter Sarah ternyata mencuri perhatian ramai.

Menurut Sarah, dia menyokong penuh keputusan Samuel dan mahu membantu teman lelakinya itu untuk terus mendalami agama Islam.

"Saya akan teman dia ke kelas agama, InsyaAllah akan bermula minggu ni.

"Dia sendiri pun dikelilingi ramai kawan yang sentiasa mendoakan dia. Memang kami terharu," ujarnya lagi.

Samuel berasal dari Sarawak dan berdarah kacukan Iban dan Kenyah.

Dalam pada itu, posting Sarah mengenai kisah teman lelakinya itu turut mendapat perhatian ramai.

Malah, ia sehingga kini sudah menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet) di laman Twitter.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain