“Aku sepak karang” - Tak pakai mask, pengasas kosmetik mengamuk selepas pak guard halang adik masuk gedung perabot popular

Wanita dikenali sebagai Ceknon dilihat memaki hamun dua pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah gedung perabot popular selepas adiknya tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai topeng muka.

MESKIPUN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dilonggarkan, kebanyakan premis perniagaan mengenakan syarat pemakaian topeng muka sebelum dibenarkan memasuki premis.

Tidak terkecuali gedung perabot terkemuka di ibu kota yang turut mengambil pendekatan sedemikian terhadap pelanggan mereka bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Namun tular video seorang wanita mengamuk selepas adik perempuannya, dipercayai berusia 20-an tidak dibenarkan memasuki gedung membeli-belah itu kerana tidak memakai topeng muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengamuk kereta ditarik, ludah pegawai dan baling kon didakwa depresi - “Anak sulung baru meninggal, suami kahwin lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas tular, pesakit dedah sisi lain doktor 'mengamuk' - “Masa dia jerit, saya memang ada perasaan negatif tapi...”

Dalam video tersebut, wanita dipercayai pengasas produk kecantikan yang dikenali sebagai Ceknon itu dilihat memaki dua pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk gedung terbabit.

"Aku sepak karang, sepatutnya sediakan mask. Ada budak kecil tak pakai mask, kenapa dia lepas. Tak guna kau orang ni s***.

Video yang dipercayai dikongsi wanita tersebut di Facebooknya tular sejak Khamis.

"Ni I*** tau, bukan kedai RM2. Tapi nak kena keluar balik pergi beli mask PKP dah habislah b****. Lainlah kalau adik aku demam.

"Nak bagi masuk ke tak? K******* kau! Kau boleh suruh aku keluar cari mask?," jerit wanita itu.

Namun Ceknon dan adiknya berjaya memasuki premis berkenaan selepas diberikan topeng percuma oleh pengunjung lain susulan kekecohan tersebut.

"Beli mask, bawa mask tak perlu. Orang bagi free je sebab Ceknon marah orang," kata adiknya kepada wanita tersebut.

Video berdurasi satu minit 17 saat itu yang turut dikongsi seorang netizen di Twitter mendapat lebih 590,000 tontonan di platform media sosial itu.

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita tersebut yang didakwa agak keterlaluan dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Wanita tersebut dan adiknya dilihat tersenyum selepas dibenarkan memasuki premis berkenaan.

"Allahu, guard suruh pakai mask je pon, takyah lah nak buat kecoh mengamuk sini sana macam pompuan menopause. Mask tu pergi tepi jalan dekat vending machine pun ada jual, apa susah," kata Dina.

"Kalau aku jadi guard tu, aku bagi mask yang aku pakai kat dia. Unamused face dah tahu nak masuk tempat public prepare ahh mask. Unamused face sengkek sangat kahhhhh?," tulis Iza.

Ceknon naik darah semua orang dia maki sebab kat depan tu memang dia sediakan mask dan hand sanitizer tapi tak tahulah dia malas nak top up atau apa.

EKA

Adik

Selepas video tersebut tular, adik kepada wanita tersebut yang dikenali sebagai Eka tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi InstaStorynya.

Malah dia turut mengaku tidak membawa topeng muka pada hari berkenaan.

"Aku memang tak bawa mask sebab memang pergi I*** kot, shopping paling terbaik dan kaya gitu, bukan shopping kemiskinan pun.

Penjelasan adik Ceknon yang dikenali sebagai Eka di Insta Story miliknya.

"Confirm dia sediakan mask tak pun jual. Aku pergi kedai runcit pun orang sediakan mask. Yang shopping terbesar ini pula terbalik. Langsung tak sediakan.

"Ceknon naik darah semua orang dia maki sebab kat depan tu memang dia sediakan mask dan hand sanitizer tapi tak tahulah dia malas nak top up atau apa," tulisnya.

Sebelum ini, wanita tersebut pernah tular susulan video berunsur lucah yang dimuatnaik di Facebook miliknya bertujuan untuk mempromosikan produk kecantikannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain