“Terkejut dia beritahu nak kahwin” - Bercinta sejak Form 4, pemuda tabahkan hati hadir kenduri bekas awek

Meskipun sudah berpisah, Zulhilmy masih bersahabat baik dengan bekas kekasihnya.

BERCINTA bertahun tahun lamanya tapi belum tentu lagi teman lelaki atau teman wanita itu jodoh kita.

Begitulah kisah seorang pemuda yang berkongsi foto dia menghadiri majlis perkahwinan bekas teman wanitanya sehingga menjadi tular di Twitter baru-baru ini.

Posting Mohamad Zulhilmy Harun beserta dua keping foto dengan kapsyen ‘Siapa pun kita, kita takkan mampu untuk melawan takdir. Empat tahun aku dengan dia. At the end nikah dengan orang lain. Kitaorang LDR. Dah tak ada jodoh aku terima’ mendapat lebih 9,000 ulang kicau dan 16,900 tanda suka dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati kental datang kenduri kahwin bekas awek, sekali suaminya buat isyarat jari - “Saya OK je...”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada hantaran... pengantin pegang bunga kantan di majlis nikah, belanja kurang RM1,500 - “Ada yang mengata tapi saya pekakkan telinga”

Rata-rata netizen kagum dengan tindakan pemuda itu yang berhati kental untuk menghadiri majlis tersebut.

"Kuatnya dia ni, kalau aku dah kurung tujuh hari tujuh malam," kata Nabiha.



Antara komen netizen pada perkongsian Zulhilmy di Twitternya.

"Apa pun hati hang kental bro. Ramai doakan jodoh terbaik untuk hang. Semoga hang terus tabah," kata Miyulyen.

Menurut Mohamad Zulhilmy, dia hadir ke majlis kenduri tersebut yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu setelah menerima jemputan daripada bekas kekasih dan juga keluarganya.

"Saya dan ex OK je. Walaupun kami dah berpisah tapi kami masih bersahabat baik. Saya pun sempat video call dia ucap tahniah sebab dah nikah.

Bila dia beritahu nak kahwin tu terkejut jugalah. Masa datang wedding, rasa sedih tu ada tapi saya reda.

MOHAMAD ZULHILMY HARUN

Penolong juruukur

"Saya datang sebab dia dan famili sekali jemput. Mak dia pun ajak mak ayah saya sekali tapi mereka tak dapat datang.

"Senang cerita saya memang rapat dengan famili dia. Kiranya saya datang tu pun nak jaga hati orang tua dia yang saya dah anggap macam keluarga sendiri," katanya kepada mStar.

Mesra disapa Zulhilmy, pemuda dari Batu Pahat, Johor itu berkata dia bersedih tetapi reda dengan ketentuan Allah.



Biarpun perit, Zulhilmy menganggap dia dan bekas kekasihnya tiada jodoh.

"Bila dia beritahu nak kahwin tu terkejut jugalah. Masa datang wedding, rasa sedih tu ada tapi saya reda.

"Lagipun dia dah jadi isteri orang. Kalau nak terus bersedih pun tak guna jugalah.

"Walaupun perit tapi saya anggap tiada jodoh antara kami. Kadang tu teringat juga tapi saya sentiasa sibukkan diri dengan kerja," katanya.

Jelas Zulhilmy mereka memutuskan membawa haluan masing-masing disebabkan hubungan jarak jauh (LDR).

"Kami bercinta sejak tingkatan 4 lagi. Waktu tu dia dan keluarga merantau ke Batu Pahat. Lepas tu dia pindah ke Shah Alam.

"Saya pula memang tinggal dan kerja di Batu Pahat. Kiranya tak boleh nak jumpa selalu. Jumpa pun sebulan sekali.



Tweet Zulhilmy mendapat perhatian netizen.

"Jadi bila dia kata dah buat keputusan nak nikah dengan lelaki tu saya terima je," katanya.

Sementara itu, pemuda yang bekerja sebagai penolong juruukur itu berkata dia terkejut apabila perkongsiannya di Twitter tiba-tiba mendapat perhatian netizen.

"Saya tak sangka tweet tu akan blow up sebab saya hanya share gambar dengan ex dan cakap reda atas apa yang berlaku.

"Lagipun saya tak ramai follower. Jadi memang terkejut jugalah sebab notification masuk tak henti-henti lepas tweet tu viral," katanya yang sempat bertegur dan bersalaman dengan suami bekas kekasihnya itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain