Hati kental datang kenduri kahwin bekas awek, sekali suaminya buat isyarat jari - “Saya OK je...” - Viral | mStar

Hati kental datang kenduri kahwin bekas awek, sekali suaminya buat isyarat jari - “Saya OK je...”

Yus (baju putih) datang ke kenduri bekas kekasihnya di Jitra, Kedah pada Sabtu lalu.

"HATI lu kental bro. Kalau aku fikir 300 kali datang ke tak kenduri tu!"

Itu antara kata-kata netizen yang kagum dengan tindakan seorang pemuda yang dilihat tidak kekok menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya.

Menerusi video perkongsian seorang gadis di Twitter, pemuda tersebut turut tenang apabila suami kepada bekas kekasihnya memberikan isyarat 'peace' sebelum kedua-duanya berjabat tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mertua tak suka Kelantan alasan putus, bekas awek syak lain, “Mungkin itu alasan saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih tak suka orang Kelantan, pemuda tawar cincin ‘free’ gara-gara bertunang tak jadi

Video berdurasi lapan saat itu mendapat lebih 500,000 tontonan dan 6,200 tanda suka di Twitter.

Video gelagat Yus menghadiri majlis kahwin bekas kekasihnya tular di Twitter.

Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Yushazelan Yugasila berkata dia hadir ke kenduri tersebut yang berlangsung di Jitra, Kedah pada Sabtu lalu setelah menerima jemputan daripada bekas kekasihnya.

"Saya dan ex OK je. Kami kenal dah tiga tahun cuma couple sekejap je... enam bulan macam tu. Lepas tu kami masih kawan sebab keluarga dia dah macam keluarga angkat saya.

"Saya datang pun sebab ex sendiri yang jemput. Masa dia balik Kelantan Raya Haji tempoh hari, dia ajak datang beraya kat rumah. Masa tulah dia bagi sendiri kad jemputan kahwin dia.

"Waktu tu saya terkejutlah jugalah. Saya ingatkan dia main-main sebab sebelum ni tau je dia dah bertunang tapi tak sangka dah nak kahwin pula. Biarlah dah jodoh dia," katanya kepada mStar.

Mesra disapa Yus, pemuda dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata dia tidak bersedih melihat bekas kekasihnya itu berkahwin dengan orang lain.

Yus kini hanya berkawan biasa dengan bekas kekasihnya.

"Waktu tu saya tak tahu member saya rakam video. Masa dah balik barulah saya tahu video tu dah viral. 

"Saya tak sedih pun. Perasaan waktu tu saya just nak dia bahagia. Saya dah kenal dan tahu dia jenis macam mana, jadi saya doakan yang terbaik untuk hubungan mereka.

"Tapi bila ex tiba-tiba datang dari belakang dengan husband dia siap tunjuk isyarat peace waktu tu memang saya terkejut... tapi saya OK je," kata penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) di Jitra, Kedah itu.

Saya datang pun sebab ex sendiri yang jemput. Masa dia balik Kelantan Raya Haji tempoh hari, dia ajak datang beraya kat rumah. Masa tulah dia bagi sendiri kad jemputan kahwin dia.

YUSHAZELAN YUGASILA

PENUNTUT POLIMAS

Sementara itu, pemuda berusia 22 tahun itu turut menasihati orang ramai supaya tidak bermusuhan dengan bekas kekasih masing-masing.

"Jangan bermusuh walaupun dia ex kita. Allah dah aturkan segalanya. Mungkin kita bukan jodoh dia... mungkin jodoh kita lebih baik dari dia.

"Kalau dah putus tu tak payah gaduh-gaduhlah. Benda tu tak memberi manfaat langsung dalam kehidupan kita. Dua-dua kena move on," katanya.

Yus bersama suami bekas kekasihnya.

Susulan video yang tular itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka mengenai perkara itu.

"Benda ni buat aku teringat masa wedding akak aku. Bila ex kakak aku datang dia suruh aku layan sebab dia malas nak layan (tak nak suami dia tahu). Bukan satu ye kawan-kawan tapi ex dia dari menengah sampai kolej. Masalahnya datang masa yang sama aduh penat aku nak layan semua. Moral jangan ada ex," tulis Fanto.

"Ex aku rilek je datang wedding aku dan ambil gambar dia duduk tengah-tengah. Kemudian waktu wedding dia aku datang dengan wife aku. Mungkin sebab kitaorang berpisah with a good term," kata Darth One.

"Aku faham perasaan dia. Aku pun pernah jadi macam dia. Tapi makanan time wedding ex aku sedap so aku tambahlah dua kali supaya kurang sedih di muka tu sikit," kata Fadzilnoir.

Artikel Lain