suria

Baju dah cantik, sayangnya gadis-gadis kecewa ini tak boleh ‘control’ monyok... Tunku Azizah ubati kekecewaan!

Tweet Wani mendapat perhatian Tunku Azizah.

GAYA penampilan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang gemar berselendang sebagai pelengkap busana terus menjadi trend dalam kalangan anak muda.

Terbaharu fesyen itu digayakan sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis untuk pertandingan gambar paling kreatif peringkat universiti mereka.

Gambar tersebut yang dimuatnaik Siti Nurhawani Razif di Twitternya dengan kapsyen 'Nak buat ala-ala @cheminahsayang tapi ada yang jadi macam dayang' turut diulangkicau Tunku Azizah.

Bagaimanapun gambar tersebut mendapat perhatian netizen bukan kerana ia cantik, tetapi kerana riyak wajah monyok mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Photoshoot sakan, lelaki ini panik Tunku Azizah ‘tegur’ fesyen tunang, siap pakai crown, “Family marah kenapa post macam tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan fesyen ala Permaisuri Agong, pelanggan ‘berlumba’ nak bayar dulu walau belum pilih saiz, warna - “Saya tak sangka ada lelaki WhatsApp saya”

"Kalau semua senyum this picture will be perfect," kata Qyn.

"Memang tema muka tengah kemam panadol ke apa?" soal Blankname.

Tweet Wani diulang kicau Tunku Azizah.

Namun Siti Nurhawani atau lebih mesra disapa Wani menjelaskan kisah di sebalik wajah muram dia bersama rakan sekelasnya itu.

"Tentang gambar di posting saya tu sebenarnya saya silap letak caption. Bukan macam dayang tapi macam bunian. Ramai tanya kenapa tak senyum... kami dah senyum habis manis dah tu.

Bila gambar tu tak wow jadi kami pun ambil gambar kandid perempuan pakai phone sendiri. Nak re-do balik gambar dah tak boleh sebab dekat UiTM Perlis lastambil photoshoot.

SITI NURHAWANI RAZIF.

Penuntut UiTM Perlis.

"Pada mulanya kami ambil gambar dengan jurugambar profesional untuk pertandingan gambar paling kreatif, tapi gambar yang kami mahu tak jadi seperti yang dirancang.

"Gambar kandid kami dengan classmate lelaki pun tak cantik, nampak macam tak wow! Jadi semua badmood dengan gambar yang jurugambar tu ambil," katanya kepada mStar.

Kecewa dengan gambar tersebut, Wani berkata dia meminta bantuan seorang rakan kelas lelakinya untuk mengambil semula gambar kandidnya bersama rakan perempuan lain persis Tunku Azizah menggunakan telefon bimbit, pada hari yang sama.

Wani (dua, kiri) dan rakan sekelasnya menggayakan fesyen Tunku Azizah kerana nampak sopan.

"Bila gambar tu tak wow jadi kami pun ambil gambar kandid perempuan pakai telefon sendiri. Nak re-do balik gambar dah tak boleh sebab kami kumpulan terakhir untuk sesi penggambaran di UiTM Perlis.

"Gambar formal kelas nampak cantik tapi (gambar) tu jurufoto lain yang ambil. Yang ambil gambar kandid pula orang lain. Dia langsung tak cheers kami dan nampak nak cepat.

"Tak sangka boleh dapat photographer macam tu. Dahlah kena bayar RM30 sekepala untuk shoot tu, memang rugi dan tak berbaloi. Hasil gambar tak setimpal dengan bayaran kami," katanya kecewa.

Namun gadis berusia 20 tahun itu berkata kekecewaan mereka terubat selepas gambar mereka mendapat perhatian Tunku Azizah.

"Bila Permaisuri Agong retweet terubat sikit kecewa tu. Kami tak sangka baginda akan retweet gambar kami yang tak seberapa tu.

Gambar kandid Wani (duduk, tiga dari kiri) dan rakan sekelasnya.

"Banggalah juga. Sebenarnya kami ingatkan gambar classmate lelaki pakai pakaian tidur yang akan viral tapi terbalik pula. Tak sangka gambar kami yang viral," katanya.

Gadis berasal dari Kulim, Kedah itu berkata idea untuk menggayakan fesyen Tunku Azizah timbul selepas dicadangkan oleh salah seorang rakan sekelasnya, Nik Afiqah.

"Mula-mula tu kami nak buat tema game PUBG. Lepas tu macam tak sesuai pula sebab ramai classmate pakai tudung labuh.

"Jadi kami fikir lebih baik buat tema sopan dan penolong classrep cadang untuk kami cari baju dan warna sesuai nampak macam Permaisuri Agong.

"Kami pun setuju sebab gaya tu nampak sopan. Lagipun mudah je nak gayakan selendang tu. Kami ambil bahagian memanjang shawl kemudian pinkan kat bahu," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Tunku Azizah, kandid, UiTM Perlis

Artikel Lain