Siapa punya kerja ni? - “Dah macam beruk masuk panggung”

Foto yang dimuatnaik menerusi Twitter pada Ahad lalu. Kredit Twitter @4samm_.

'AIK macam mana binatang boleh masuk dalam pawagam ni?' Demikian soal seorang netizen secara berseloroh mengenai satu posting tular di Twitter.

Menerusi perkongsian di Twitter @4samm_, dia memuatnaik dua foto keadaan lantai sebuah panggung wayang yang dipenuhi kulit kuaci.

Foto yang dimuatnaik sejak Ahad lalu itu sehingga kini menerima lebih 4,100 ulang kicau (Retweet).

ARTIKEL BERKAITAN: DIY panggung wayang mini di rumah, kosnya hanya RM20!

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pengotor teruk! Tuala wanita dibuang atas lantai, “Dia seorang perempuan yang luarnya mekap lawa, wangi dan bergaya”

"Korang makan kat rumah memang macam ni ke weh?" tulis individu yang berkongsi foto itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar foto berkenaan dirakam.

Paparan skrin posting Twitter yang berkongsi foto keadaan kotor dalam sebuah pawagam.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut membanjiri posting itu dengan pelbagai komen.

Selain mengutuk sikap pengotor individu yang melakukan perbuatan tersebut, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hampir sama yang berlaku sebelum ini.

"Masih tiada kesedaran sivik dalam diri masing-masing. Pengotor.

Antara komen netizen mengenai posting tersebut.

"Teruk betul perangai. Makan kuaci dalam panggung wayang. Tak ada otak punya orang. Dah macam beruk masuk panggung je.

"Ni manusia ke hamster berjemaah tengok wayang?

"So logically, diorang campak-campak ke bawah macam tu jelah kan sambil makan? Kesian kat pekerja kena clear. Tak ada adab. Kalau tak boleh nak senangkan kerja orang, janganlah susahkan orang," tulis beberapa netizen.

panggung wayang, kuaci, pengotor

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain