suria

Graduan akur hanya dapat jambangan bunga biasa, ex boyfriend lebih special... digubah sendiri oleh ibunya - “Kita tak ada apa-apa, keluarga aku tetap tak buang kau”

Kejayaan Syamimi (kiri) mendapat segulung diploma dikongsi bersama kedua ibu bapa serta bekas teman lelakinya.

SUDAH menjadi lumrah manusia hidup secara berpasang-pasangan, tetapi jodoh dan pertemuan itu ketentuan tuhan, kita sebagai manusia hanya mampu merancang.

Baru-baru ini, tular satu posting yang dimuatnaik oleh seorang gadis, Nor Syamimi Ahmad  di laman Twitter dengan kapsyen, ‘Kisah sedih ringkas. Tiga tahun susah senang sama-sama untuk dapatkan segulung diploma, akhirnya orang lain yang sambut hari kemenangan kau. Bukan aku. Atas permintaan kedua ibu bapa aku, diaorang nak juga sambut kejayaan ini dengan kau. Selamat hari graduasi, bekas kekasih’.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tak teruja hadir konvo, tapi “Saya hadiahkan mereka Anugerah Naib Canselor”

Posting yang dimuatnaik oleh Syamimi pada Isnin itu mendapat perhatian ramai gara-gara kisah cinta tak kesampaian mereka yang agak luar biasa.

Menurut Syamimi, 21, perkenalan dengan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Apit itu bermula sejak tiga tahun lalu semasa kedua-dua mereka menyambung pengajian di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Awam.

“Kami kenal sejak zaman diploma lagi, sekitar Jun 2016 macam tu dan kebetulan pula kami berdua satu kelas.

“Sepanjang tiga tahun di zaman diploma tu, banyak sangat ujian yang datang. Macam setiap semester boleh dikatakan mesti akan ada orang yang cuba nak jatuhkan saya. Tapi, dia ada di samping saya, bagi semangat,” katanya ketika dihubungi mStar.

Keluarga besar Syamimi (depan, tiga dari kiri) turut sama meraikan kejayaan dia dan bekas kekasihnya .

Walaupun perkenalan singkat dan hubungan cinta hanya bertahan separuh jalan, anak bongsu daripada tujuh beradik itu bersyukur kerana sepanjang dia diuji dengan masalah serta dugaan, bekas teman lelakinya itu sentiasa di sisi serta tidak pernah putus memberi semangat.

“Kadang-kadang rasa down. Pernah juga rasa give up untuk belajar, dengan orang sekeliling lagi, tapi dengan semangat yang dia selalu bagi itulah saya teruskan juga belajar. Nasihat dia yang saya masih ingat, abaikan dengan apa yang orang lain cakap. Buktikan pada mereka, walaupun mereka cuba nak jatuhkan, tapi kita masih lagi mampu untuk bangkit dan berjaya.

“Dia (bekas kekasih) turut mengingatkan saya supaya tumpu sepenuh perhatian pada pelajaran. Kata dia, kalau rasa down ingat keluarga sebab belajar ini bukan untuk siapa-siapa tetapi untuk diri sendiri dan nak banggakan ibu bapa,” luahnya dengan nada sedikit sebak.

Gadis itu turut memuat naik bebenang (thread) pada postingnya, 'Oh ya, bukan mak abah je tapi keluarga aku juga. Semoga kau berjaya dalam apa yang kau pilih. Aku doakan kejayaan kau. Terima kasih atas susah senang sama-sama. Tak sangka, walaupun kita dah tak ada apa-apa, keluarga aku masih lagi anggap hari ni hari yang kita berdua patut sambut.

'Tanpa kau masa zaman diploma aku, mesti aku takkan naik pentas tu. Terima kasih jadi tulang belakang aku sepanjang diploma. Aku doakan kejayaan yang lagi banyak akan datang dalam hidup kau. Tapi kali ni kejayaan tanpa akulah. Terima kasih untuk tiga tahun yang lalu'. 

Semoga kau bahagia dengan jalan yang kita pilih. Mungkin kita tak ada apa-apa, tapi keluarga aku tetap tak 'buang' kau, sebab banyak jasa kau sepanjang kau jaga aku. Aku simpan semua ni sebagai kenangan. Susah senang sama-sama, kita akhiri dengan perpisahan. Semoga bahagia dan maju jaya.

NOR SYAMIMI AHMAD

BEKAS KEKASIH

Syamimi berkata, ibu bapa dan keluarga masing-masing sememangnya mengetahui akan hubungan cinta mereka.

Tetapi apa yang mengejutkan, ibunya sanggup menggubah sejambak bunga serta coklat khas buat bekas kekasihnya sebagai tanda penghargaan dan tahniah.

"Semoga kau bahagia dengan jalan yang kita pilih. Mungkin kita tak ada apa-apa, tapi keluarga aku tetap tak 'buang' kau, sebab banyak jasa kau sepanjang kau jaga aku. Aku simpan semua ni sebagai kenangan. Susah senang sama-sama, kita akhiri dengan perpisahan. Semoga bahagia dan maju jaya.

'"Gubahan coklat tu mak aku yang gubah istimewa untuk dia. Betapa hargainya mak aku sebab dia banyak tolong aku sepanjang tiga tahun diploma ni," kata Syamimi menerusi posting tersebut.

Menurut gadis kelahiran Teluk Intan, Perak ini, dia sendiri tidak tahu tentang gubahan hasil tangan ibunya itu dan hanya diberitahu oleh kakaknya selepas majlis graduasi pada Ahad lalu.

“Saya sendiri pun tak tahu sebenarnya tentang bunga tu. Saya dapat tahu pun lepas keluar dari dewan, tiba-tiba kakak tanya mana dia (bekas kekasih). Lepas tu saya cakaplah yang dia tak keluar lagi. Kemudian, kakak bagitahu bunga yang dia pegang tu emak saya yang gubah nak bagi dekat Apit.

“Istimewa emak gubah bunga bersama coklat tu untuk dia. Mana tidaknya untuk saya emak beli sahaja,” kata Syamimi yang kini menyambung pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat Johor dalam jurusan Sarjana Muda Kejuteraan Awam.

Posting yang dimuatnaik oleh Syamimi.

Katanya lagi, pada hari tersebut dia tidak berpeluang untuk berjumpa dengan keluarga bekas kekasihnya kerana tergesa-gesa mengejar masa untuk pulang semula ke Johor selain tidak mahu keluarga bekas kekasihnya salah faham akan hubungan mereka.

Jelas Syamimi, mereka hanya berjumpa sebentar sahaja dan kebetulan kedua orang tuanya ingin bergambar bersama bekas kekasihnya bagi meraikan kejayaan mereka berdua.

“Nasihat saya buat pasangan di luar, kalau rasa membenci tu ada ingatlah mereka pernah buat kita bahagia. Cubalah ingat baik mereka daripada buruk mereka,” katanya yang menghormati akan keputusan masing-masing.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
bekas kekasih, UiTM, graduasi, konvokesyen

Artikel Lain