suria

Ustaz ajar ilmu mudah lipat sejadah, rupa-rupanya ramai tak sedar selama ini mereka ‘letak kuman di muka’

Ramai yang masih tidak mengetahui adab-adab melipat sejadah. Gambar sekadar hiasan. Foto: Bernama

SESETENGAH perkara mungkin kelihatan seperti remeh ataupun dianggap sebagai perkara tidak penting.

Contohnya, cara lipatan tikar sembahyang ataupun sejadah.

Boleh dikatakan ramai daripada kita yang tidak mengambil berat ataupun tidak pernah tahu mengenai cara melipat sejadah yang bersih dan mampu mengelak penyakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Teguran buat mereka yang rakam kejadian lucu masa solat kemudian viralkan - “Seolah-olah kita perkecilkan tuntutan agama”

ARTIKEL BERKAITAN: Juruvideo rakam detik sayu PKP... masjid kosong waktu solat Jumaat, hanya gema laungan azan - “Bukan edit, tiba-tiba banyak burung gagak”

Mungkin ada yang berfikir, asal lipat dan menyimpannya dengan susunan yang kemas sahaja sudah memadai.

Tetapi tahukah anda, sejadah yang tidak dilipat dengan cara yang betul boleh menyebabkannya ia kotor ataupun tidak berada dalam keadaan yang suci.



Lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Hakim menunjukkan cara melipat sejadah dengan betul.

Perlu diingat, Islam amat menitikberatkan umatnya menjaga kebersihan dan kesucian hatta melibatkan hal yang kecil, justeru adalah penting untuk setiap daripada kita mengamalkannya.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuatnaik di Facebook, seorang pelayar berkongsi cara melipat sejadah dengan betul.

Tak manislah kalau kaki dah pijak kuman dan kemudian letak di kepala. Jadi (yang betul) kaki dengan kaki, dan kepala dengan kepala.

USTAZ HAKIM

"Cara yang betul untuk melipat sejadah adalah macam ini," kata seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Hakim sambil mendemonstrasikan cara lipatan yang betul dalam video berdurasi 41 saat itu.

"Kenapa perlu lipat macam ini? Kerana kedudukan kaki kita berada di bahagian sini (bawah) manakala kedudukan kepala pula di sana (atas).

"Jadi tak manislah kalau kaki dah pijak kuman dan kemudian letak di kepala. Jadi (yang sebetulnya) kaki dengan kaki, dan kepala dengan kepala," kata lelaki tersebut.



Adalah penting untuk umat Islam menjaga kebersihan ketika menunaikan ibadah. Foto: Low Lay Phon

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dengan ada yang mengakui baru mengetahui 'ilmu baharu' itu.

Tak susah, kan? Hanya dengan dua langkah mudah, anda bukan sahaja menjaga kebersihan, namun secara tidak langsung memelihara kesucian ibadah solat itu sendiri.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
adab, solat, sejadah, bersih, remeh, kuman

Artikel Lain