suria

Remaja pendam hasrat serah lukisan digital kepada Agong, Tunku Azizah... potret Tengku Jihan dan Tengku Afzan pun dah siap!

Lukisan digital Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandriah yang dihasilkan.

MASIHKAH anda ingat lukisan potret oleh seorang arkitek, Teme Abdullah yang membolehkan dia masuk ke Istana Negara dan menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong (RPA) Tunku Azizah Maimunah Iskandriah pada Disember tahun lalu?

Kali ini seorang remaja turut meluahkan hasrat sama dan berbesar hati sekiranya pasangan diraja itu mahu menerima lukisan digital yang dihasilkannya.

Bercakap kepada mStar, Muhammad Ariff Bahnan mendedahkan lukisan itu mula dihasilkan sekitar Januari lalu dan baru sahaja disiapkan baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertemu arkitek misteri berwajah kabur, Tunku Azizah simpan rahsia... tapi bagi hint ‘handsome’ - “Baginda tuanku sendiri ingatkan saya untuk pusing-pusing muka”

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa pembaris, tanpa pensel pelukis hasilkan potret Agong, Tunku Azizah - Pemilik nama pena Teme Abdullah mahu kekal rahsia identiti diri

"Saya sebenarnya dah mula melukis sejak umur lapan tahun. Tetapi berjinak-jinak dengan lukisan digital sekitar lima tahun lepas.

"Selain Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, saya juga ada buat potret digital Tengku Jihan dan Tengku Afzan dan baru disiapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lukisan YDPA dan RPA dihasilkan Ariff bermula awal tahun ini.

"Kalau ada rezeki, memang saya berhasrat untuk menyerahkan sendiri lukisan itu kepada mereka," ujarnya sewaktu dihubungi.

Menurut pelajar bidang seni yang berusia 19 tahun itu, dia juga menghadapi cabaran dalam menyiapkan potret-potret figura kesayangan rakyat jelata itu.

Lukisan YDPA misalnya memerlukan dia memberi lebih perhatian khususnya pada perincian di bahagian tengkolok.

Satu potret digital mungkin ambil masa dalam sembilan jam. Tapi nak kemaskan segala perincian, boleh sampai dua hari.

MUHAMMAD ARIFF BAHNAN

PELAJAR

"Memang ada cabaran apabila buat figura yang dikenali. Banyak perincian di muka. Ada juga yang minta saya buat lengkap potret keluarga diraja.

"Saya pun masih belajar. Buat bila berkelapangan sahaja. Satu potret digital mungkin ambil masa dalam sembilan jam.

"Tapi nak kemaskan segala perincian, boleh sampai dua hari," ujarnya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Posting Ariff di laman Twitter.

Menurut Ariff yang menuntut dalam aliran seni di Kolej Tingkatan Enam Shah Alam, kedua orang tuanya yang bekerja sebagai peniaga pasar malam jturut memiliki kebolehan melukis.

Malah, dia sendiri ingin menjadikan minat itu sebagai kerjaya apabila meluahkan hasrat menjadi guru Pendidikan Seni, suatu hari nanti.

Antara lukisan digital yang dihasilkan oleh Ariff termasuklah aktress Mira Filzah (kanan).

Sehingga kini, posting Ariff mengenai lukisan itu menerima hampir 4,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dan memuji ketelitiannya dalam menghasilkan potret-potret yang cukup realistik itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain