Isteri gembira suami tinggalkan duit beli lipstick, nota sweet di peti sejuk... rupa-rupanya ada yang kurang senang

BUKAN nilai wang ringgit menjadi ukuran namun keikhlasan hati yang diutamakan.

Biarpun hanya diberikan RM30 oleh suaminya untuk membeli lipstik, ia sudah cukup memberi kegembiraan buat wanita ini.

Kata Siti Nurafiny Hamsani, 26, dia juga terharu apabila wang itu dikepilkan bersama sekeping surat ringkas sebelum diletakkan di peti ais oleh suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjauhan dengan suami, air mata isteri gugur dalam Mc'D kerana sampul tebal... mak mentua sanggup berlari stop kereta demi menantu!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berhenti kerja 'engineer' nak balik kampung berpantang dituduh tayang duit, “Tak sangka suami bagi banyak macam tu sekali gus”

"Bukan pasal nilai wang, tapi sebab dia jarang buat macam tu. Tiba-tiba bangun tidur ada nota di peti.

"Bukanlah nak menunjuk. Biasanya dia transfer duit. Semalam (Isnin) dia buat nota, sebab tu saya kongsi di Twiter.

"Rasa nak appreciate apa dia buat. Mungkin juga suami baca tweet saya pada malam sebelumnya pasal nak beli lipstik," ujarnya kepada mStar.


Posting yang tular di laman Facebook.

Setelah tular dan menerima lebih 12,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter, ada pula segelintir individu yang mempersoalkan tentang nilai pemberian berkenaan.

Namun jelas Nurafiny, dia bersyukur seadanya dan tidak mahu terlalu mengambil pusing mengenai cakap-cakap negatif yang dilontarkan kepada dirinya.

"Ada dalam 10 individu. Kebanyakannya lelaki... mereka kata kenapa tak transfer je duit tu? 

Kebetulan kami juga sama-sama puasa sunat, jadi saya masak nasi ayam untuk suami sebab dia ada sebut-sebut sebelum tu dan juga untuk hargai apa yang dia buat pada saya pagi tu, siap ada nota kat peti.

SITI NURAFINY HAMSANI

SURI RUMAH

"Kalau suami saya transfer, saya tak kongsilah di Twitter. Ini sebab ada nota, ia agak istimewa. Jadi saya kongsi bersama kawan di Twitter. Tak sangka jadi viral.

"Ada juga seorang perempuan mesej saya, pertikai nilai RM30 tu... kenapa tak minta lebih? Pada saya cukup je, kalau tak cukup boleh tambah duit sendiri.

"Saya pun dah order lipstik secara online. Tapi saya guna duit sendiri. Saya simpan duit dengan nota yang suami bagi, ada lagi kat peti sampai sekarang.

Antara mesej diterima Nurafiny yang mempertikaikan pemberian RM30 suaminya.

"Kebetulan kami juga sama-sama puasa sunat, jadi saya masak nasi ayam untuk suami sebab dia ada sebut-sebut sebelum tu dan juga untuk hargai apa yang dia buat pada saya pagi tu, siap ada nota kat peti," ujar suri rumah itu lagi.

Malah, foto nasi ayam yang dikongsi turut mencuri perhatian ramai sehingga ada yang meminta dia berkongsi resepi.

Enggan menghampakan mereka, Nurafiny ada membuat perkongsian resepi nasi ayam berkenaan untuk pelayar Twitter yang memintanya berbuat demikian.

Nurafiny dan suami, Mohd Shahrill Mohd Shafri.

Nurafiny dan suami, Mohd Shahrill Mohd Shafri, 28, berkahwin sekitar dua tahun lalu dan sama-sama menetap di Melaka.

Bercerita mengenai situasi semasa berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, Nurafiny mengakui kehidupan mereka turut terkesan, sama seperti insan-insan lain di negara ini.

Foto nasi ayam yang dikongsi Nurafiny.

"Tapi yang agak best, suami selalu kat rumah masa PKP ni. Kalau dulu weekend selalu keluar, boleh pergi beli barang bersama.

"Sekarang dia je keluar. Nak balik kampung pun tak boleh. Tahun ni sepatutnya kami balik beraya di Kelantan, kampung saya.

"Sebab dah dua tahun beraya di Segamat, Johor... kampung suami. Saya harap Covid-19 berakhir di negara ini, kehidupan kita semua kembali seperti biasa dan kita semua dapat beraya bersama keluarga," ujar isteri kepada pegawai bank itu.

 

 

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain