suria

Anak terkejut, ibu aktif jual Tupperware di FB muncul di IG Story gara-gara filter tong sampah - “Tiba-tiba mak mesej marah-marah”

Faris dimarahi ibunya gara-gara menggunakan ig filter tong sampah.

BERMAIN media sosial semestinya menjadi perkara yang lazim dibuat ketika duduk di rumah berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini.

Terubat sedikit rasa rindu untuk keluar berjalan-jalan mahupun berjumpa kawan-kawan di restoran hanya dengan 'melayan' pelbagai update terkini dan kisah di media sosial.

Ada juga yang setiap hari asyik mencuba filter Instagram baharu. Pendek kata, macam-macam yang dibuat untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak ada girlfriend, main dengan kawan sajalah” - ‘Padah’ galak main filter Instagram, akhirnya kepala jadi mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Rancak main TikTok sampai kaki ‘mendarat’ di muka adik, abang dedah adiknya ingkar arahan - “Sebelum tu elok je kat tepi”

Begitulah yang dilakukan oleh Muhammad Faris Hilmi Mohd Fisal, 25, yang menghabiskan tempoh PKP dengan bermain filter di Instagram selain melakukan rutin hariannya sebagai pemandu Grab.

Namun, gara-gara filter tong sampah yang dicubanya, Faris dimarahi oleh ibunya sebaik sahaja dia memuatnaik gambar tersebut pada Isnin lalu.

"Kau dah kenapa long? Ingat senang beranakkan kau? Kau padam balik," mesej ibunya yang membalas posting di Insta Story tersebut.

Perkongsian Faris di Twitter mendapat perhatian netizen pada Isnin lalu.

Ketika dihubungi mStar, Faris memberitahu dia terus memadam gambar tersebut selepas dimarahi ibunya.

"Saya saja-saja main filter tu, ingatkan tak ada apa, tiba-tiba mak saya mesej marah-marah.

"Sebelum ni mak ada komen kat Insta Story, tapi dia cuma tanya bila dan di mana sahaja," ujar Faris yang hidup berdikari, berjauhan dengan ibunya.

Menurut Faris, ibunya memang aktif menggunakan sosial media untuk menjual produk Tupperware.

Mak saya kalau dia tak suka, dia akan terus tegur anak-anak. Kadang-kadang ayat tak berlapik pun, tapi kami semua dah biasa dari kecil macam tu. 

MUHAMMAD FARIS HILMI MOHD FISAL

ANAK

"Mak saya lebih aktif di Facebook, tetapi Instagram ni untuk dia follow anak-anak dia sebab kami jarang guna Facebook.

"Kami memang follow satu sama lain. Saya pun tak pernah hide Insta Story supaya dia tahu saya tak buat perkara yang bukan-bukan di belakangnya.

"Dia memang tahu saya pergi mana dan buat apa sebab akan muat naik Insta Story," ujar anak sulung daripada tiga beradik itu.

Mengulas lebih lanjut mengenai sifat ibunya, Rohana, 51, Faris mengakui dia sudah terbiasa dengan teguran ibunya yang straight forward itu.

Faris merupakan lulusan graduan dalam bidang Penerapan Pengajian Bahasa Inggeris di Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur.

"Mak saya kalau dia tak suka, dia akan terus tegur anak-anak dia.

"Kadang-kadang ayat tak berlapik pun, tapi kami semua dah biasa dari kecil macam tu," tambah Faris yang berkhidmat dengan GrabFood dan GrabExpress dalam tempoh PKP ini.

Perkongsian Faris di Twitter sehingga kini telah mendapat 26,300 retweet dan 24,200 tanda suka daripada netizen.

Terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka dimarahi oleh ibu sendiri akibat bermain filter di Instagram.

"Aku pakai filter kucing pun kena bebel, dah elok ibu lahirkan jadi manusia, kau sibuk nak jadi kucing dah kenapa? Hahaha," tulis seorang pengguna Twitter.

"Mak aku pula marah aku guna filter anjing, dia kata elok-elok jadi manusia nak jadi binatang," tambah netizen lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Filter, Instagram, tong sampah, PKP

Artikel Lain