suria

Kes pecah rumah sudah tak jadi isu, kelibat perompak tembus pagar jadi perdebatan - “Aku tengok lima kali ulang”

Rakaman CCTV itu dikongsi di Twitter dan menjadi tular.

KELIBAT seorang perompak yang dirakam menerusi kamera keselamatan (CCTV) ternyata menimbulkan persoalan ramai.

Bukan jenayah yang dilakukan menjadi bualan, sebaliknya diri lelaki itu yang seolah-olah mampu menembusi pagar menjadi perdebatan utama.

Ada yang mengaitkan dengan unsur mistik, tak kurang juga yang mendakwa ia sekadar gangguan pada grafik CCTV serta pencahayaan yang menyebabkan ia kelihatan sebegitu rupa.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani! Jam 1 pagi pelajar UiTM gesek biola lagu Pontianak Harum Sundal Malam, budak umur 6 tahun nampak kelibat sedang marah

ARTIKEL BERKAITAN: Suara misteri nyanyi ‘berduet’ ketika lalu selekoh kubur, dua sahabat terus balik rumah... tak jadi makan tongkeng ayam

Menurut individu yang memuat naik rakaman berkenaan, ia berlaku di Pasir Gudang, Johor.

Pengendali Twitter itu turut mempersoalkan 'ilmu' yang dipakai individu tersebut sehingga membolehkan dia menembusi pagar dan masuk ke kawasan laman rumah.

Suspek selepas itu turut memanjat pagar dan memasuki rumah jiran sebelah.

Video CCTV tular itu ternyata menimbulkan perdebatan ramai. (Gambar Hiasan)

Sehingga kini, ia menerima lebih 100,000 tontonan di Twitter.

Malah, posting berkenaan turut dikongsi secara meluas dan mendapat hampir 4,000 ulang kicau (Retweet).

Ruangan balas posting itu turut hangat menjadi medan perdebatan netizen yang berbeza pendapat.

Kalau dia boleh tembus pagar, kenapa dia tak keluar je balik ikut pagar tu dari panjat dinding?

NETIZEN

"Aku tengok lima kali ulang. Dia tembus pagar ke?

"Berkali-kali play video ni. Dia tembus pagar ke macam mana?" soal beberapa netizen.

Namun, ada pula yang memberikan penjelasan dan tidak mahu ia dikaitkan dengan sebarang kisah mistik atau ilmu hitam.

Posting itu tular di laman Twitter dan dikaitkan dengan pelbagai andaian mistik.

"Kalau dia boleh tembus pagar, kenapa dia tak keluar je balik ikut pagar tu dari panjat dinding?

"Tak percayalah dia tembus even ada satu ilmu ni yang boleh tembus dinding tapi kena gigit ibu jari kaki baby yang baru dikebumikan. Dengar orang cerita jelah," tulis pelayar Twitter yang lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain