Anak dedah ibu menangis terima SMS daripada MKN, rupa-rupanya ada yang rimas dapat mesej sama... netizen halau masuk gua!

Seorang individu di Twitter membuat kenyataan mengenai mesej MKN sehingga dikecam ramai. Foto: Dreamstime/TNS.

DALAM berdepan penularan Covid-19 di Malaysia, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga tidak lekang dalam usaha mendidik masyarakat saban hari.

Langkah itu menyaksikan rakyat negara ini menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai informasi semasa serta pesanan berkenaan wabak berkenaan.

Namun, tular di laman Twitter apabila seorang individu meluahkan rasa kurang senang dengan penghantaran mesej berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 terus menular, pemilik rumah tersentuh hati baca mesej jujur penyewa sebelum bagi tawaran tak disangka-sangka!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin menggigil baca mesej bakal suami sebelum nikah, berjurai air mata kenang arwah ibu - “Sepanjang hari menangis, habis terus mekap”

"Adakah hanya saya atau mesej-mesej kerajaan dari MKN semakin tidak berguna?

"Dari informasi sebenar yang berguna, sekarang saya dapat mesej amaran untuk tidak sebar berita palsu dan ini?

"Saya hargai sentimen itu tetapi ini bukan platform yang sepatutnya," tulis lelaki berkenaan.

MKN banyak memberi pesanan dan peringatan kepada orang ramai menerusi SMS.

Dalam posting sama, dia turut berkongsi paparan skrin mesej MKN yang bertulis: RM0. TERIMA KASIH FRONTLINERS NEGARA. Pengorbanan semua petugas barisan hadapan dalam memerangi Covid-19 amat dihargai.

Luahan rasa individu tersebut pantas mengundang perdebatan ramai, yang mana majoritinya mengecam kenyataan tersebut.

Kata netizen, mesej MKN diibaratkan sebagai peringatan bersama untuk orang ramai dan ia tidak patut dipertikaikan.

Jangan nak kritik semua benda boleh? Imagine la kalau our frontliners yang baca? Boleh jadi semangat untuk diaorang.

NETIZEN

"Tak perlu buat apa-apa pun untuk hiraukan mesej itu. Petugas barisan hadapan kita perlu dihargai.

"Kau pernah terfikir tak kalau yang baca mesej tu our frontliners and their family members. Ada suntikan semangat dan bangga dapat berkhidmat pada masa-masa macam ini.

"Mak saya salah seorang frontliners dan dia menangis baca SMS ini. Dia kata terharunya ada orang ingat penat lelah kerja kami.

Antara mesej yang dikirim oleh MKN kepada orang ramai.

"Alahai mesej begini pun nak bising. Pergi masuk dalam gua la bro.

"Jangan nak kritik semua benda boleh? Imagine la kalau our frontliners yang baca? Boleh jadi semangat untuk diaorang," tulis beberapa netizen.

Tweet seorang individu yang mengundang kecaman ramai.

Selain SMS, MKN turut memiliki channel di aplikasi Telegram yang mana ia banyak memberi informasi semasa negara dan maklumat sahih berkaitan Covid-19.

Channel Telegram MKN sehingga kini mempunyai sejuta pengikut.

Covid-19, MKN, SMS, Twitter

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain