Pemandu bas dari Melaka-JB ini memang ‘rare’! Boleh memandu sambil makan, tonton video dan selamba buat berderet kesalahan lain - Viral | mStar

Pemandu bas dari Melaka-JB ini memang ‘rare’! Boleh memandu sambil makan, tonton video dan selamba buat berderet kesalahan lain

Seorang penumpang sempat merakam aksi pemandu bas ekspres yang dinaikinya baru-baru yang memandu dalam keadaan cuai. Foto: Facebook Benedict Ho

MENONTON video dan makan sambil memandu!

Itulah aksi 'luar biasa' seorang pemandu bas yang dirakam oleh seorang penumpang baru-baru ini.

Menerusi perkongsian seorang pengguna bernama Benedict Ho di Facebook, kelihatan pemandu bas berkenaan selamba menonton video daripada telefon bimbitnya ketika sedang memandu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini dedah bas ekspres dipandu driver mengantuk 4 kali nyaris kemalangan, hampir separuh penumpang turun awal - “Satu bas menjerit, ada yang menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Duit ‘hangus’ lebih RM600, bas ekspres buat hal di R&R pagi-pagi buta – “Puas cari pemandu bas tapi tak jumpa”

Dalam video berdurasi enam saat itu, pemandu berkenaan dilihat memegang stereng hanya dengan sebelah tangan, manakala sebelah lagi memegang telefon bimbit.

Malah pemandu tersebut juga turut dilihat menyuap makanan sambil memandu.

Aksi pemandu bas ekspres yang memandu sambil makan mengundang rasa bimbang penumpang.

“Kini mengapa banyak kemalangan jalan raya berlaku, adalah kerana pemandu seperti ini,” tulis Benedict pada posting tersebut.

Menerusi ruangan komen, Benedict mengesahkan dia merupakan salah seorang penumpang yang berada dalam bas tersebut.

Ketika itu, bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Melaka ke Johor Bahru, Johor.

Benedict turut memuat naik cetakan berkomputer salinan tiket yang dibelinya bertarikh 5 Februari.

Pelayar Facebook, Benedict Ho turut memuat naik cetakan tiket sebagai bukti dia menaiki bas ekspres berkenaan.

Dalam pada itu, posting tersebut sehingga kini meraih 113 perkongsian selain dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya mendesak agar pemandu tersebut dikenakan tindakan kerana memandu dalam keadaan yang cuai.

“Bagaimana seorang yang tidak bertanggungjawab meletakkan begitu banyak nyawa di tangannya,” tulis seorang netizen meluahkan kekesalannya.

“Banyak kesalahan, pakai selipar lagi,” tulis yang lain.

“Tali pinggang keledar pun tak pakai!” ujar seorang netizen lain.

Netizen turut mengecam sikap pemandu bas ekpres berkenaan yang memandu dalam keadaan cuai. 

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman ngeri yang pernah dialami mereka sebelum ini gara-gara sikap pemandu bas yang cuai.

“Inilah sebabnya saya benci menaiki bas,” komen seorang netizen.

Namun tidak kurang ada juga sebilangan netizen yang turut membuat pautan pada akaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di ruangan komen agar tindakan lebih tegas diambil terhadap pemandu dan syarikat bas berkenaan.

video , makan , selipar , tali pinggang , bas ekspres , cuai

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain