Takut tikus... 10 jejaka terus kena ‘pangkah’ sebagai calon menantu - “Ada yang minta senarai nama kami” - Viral | mStar

Takut tikus... 10 jejaka terus kena ‘pangkah’ sebagai calon menantu - “Ada yang minta senarai nama kami”

Aksi kumpulan pelajar berkenaan yang cuba mengusir seekor tikus di kediaman mereka tular di media sosial.

"KAMI tak takut tikus, cuma geli je."

Demikian kata seorang pelajar, mewakili sembilan lagi rakan serumahnya berhubung video tular apabila seekor kucing menjadi penyelamat dalam rumah sewa mereka.

Dalam video itu, kumpulan pelajar berkenaan cuba mengusir seekor tikus di dapur sebelum ia ditangkap kucing berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cekik angsa, kini hisap susu kucing pula... jejaka ini buat hal lagi dengan haiwan - “Punyalah nak glamor”

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macho, sekali kena sakat habis kantoi... pelajar akui sedikit malu sebab takut kucing - “Saya pernah ada pengalaman buruk”

Video aksi mereka yang riuh rendah dan menghiburkan itu kemudiannya dikongsi di Twitter sebelum menerima lebih 1.4 juta tontonan di platform berkenaan.

Bercerita kepada mStar, Ahmad Syafiq Baharuddin mengakui kehadiran kucing yang digelar Tom itu banyak memberi manfaat selepas mereka berpindah ke kediaman yang terletak di Dungun, Terengganu itu.

Posting Syafiq yang tular di Twitter.

"Kami sepuluh orang baru sahaja berpindah ke rumah sewa tu sekitar dua minggu lepas. Sebenarnya tak tahu Tom tu kucing siapa, tapi selalu datang ke rumah. Kami pun memang sediakan makanan untuknya.

"Memang rumah tu ada masalah tikus. Setakat ni dah empat kali Tom berjaya tangkap. Kami tak takut tikus, cuma geli je.

Kucing yang diberi nama Tom sering berkunjung ke kediaman kumpulan pelajar berkenaan.

"Sejak kejadian tu, memang Tom kerap datang, kadang-kadang tidur di rumah kami. Mula-mula kami panggil belang, lepas tu tukar kepada Tom sempena cerita kartun Tom and Jerry," ujar remaja berusia 19 tahun itu.

Menurut anak kelahiran Puncak Alam, Selangor itu, dia terperanjat apabila video yang dikongsi secara suka-suka itu menerima lebih sejuta tontonan.

Sebenarnya tak tahu Tom tu kucing siapa, tapi selalu datang ke rumah. Kami pun memang sediakan makanan untuknya.

AHMAD SYAFIQ BAHARUDDIN

PELAJAR

Malah, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif termasuk yang mendakwa kediaman tersebut dalam keadaan kotor sehingga dipenuhi tikus.

"Ada yang minta senarai nama kami sepuluh orang, dia cakap tak nak buat menantu sebab takut tikus.

Sebahagian penghuni rumah sewa berkenaan.

"Ada juga yang kata rumah kotor, sebab tu ada tikus. Tapi kami pun baru pindah ke situ... kami tak kisah pun, banyak lagi komen positif.

"Ramai juga yang cakap mereka nak bela kucing untuk atasi masalah tikus di rumah mereka," katanya lagi.

Syafiq dan rakan-rakannya baru sahaja berpindah ke rumah sewa tersebut.

Syafiq dan sembilan rakannya merupakan penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu.

Dirakam pada Jumaat lalu, video itu sehingga kini turut menerima lebih 81,000 ulang kicau (Retweet) dan dihujani pelbagai komen netizen.

Ahmad Syafiq Baharuddin , Tom , kucing , tikus

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain