suria

Bujang sampai tua! Ramai terhibur tengok reaksi jejaka single ini membebel dengan ramalan filter Instagram - “Mungkin bukan tuah saya hari tu”

Netizen terhibur melihat reaksi Fizi membalas jawapan 'filter' Instagram.

"AKU dah solat, tolonglah..."

Demikian keluhan seorang pelayar Twitter mengenangkan nasibnya yang kurang baik apabila mendapat jawapan yang sama berulang-ulang kali ketika mencuba salah satu ciri pada 'filter' Instagram, 'when are you going to find a girlfriend or boyfriend'. 

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Gadis single kerja kerajaan diminta kahwini lelaki sejati, bukan ‘biawak jantan tak guna’

Perkongsian itu menunjukkan Mohamad Hafizi Firdaus Ridzuan membebel tidak puas hati kerana 'filter' tersebut seolah-olah menyindir dirinya dengan meramalkan bahawa dia tidak akan menamatkan zaman bujangnya sampai bila-bila.  

Video berdurasi 45 saat itu tular di laman Twitter sehingga meraih lebih dari 200,000 tontonan, 13,000 ulang kicau dan 12,400 tanda suka. 

"Hahahahaha, aku serius b***h. Betul-betullah, janganlah suruh aku beli cat. 

Perkongsiaan Fizi beraksi spontan melayan 'filter' Instagram tular di laman sosial Twitter. 

"Hahahahaha, memang suka main-mainlah filter ni, memang s**l. Ini betul-betullah memang serius kali ni memang aku akan percaya. Okay, 'never' okay, memang aku takkan kahwin. Lastlah pleaselah last, aku dah solat... tolonglah," katanya seolah-olah berinteraksi dengan 'filter' Instagram tersebut.

Rata-rata netizen terhibur melihat pemuda itu berceloteh dengan mimik mukanya yang kelakar mengenangkan nasibnya yang akan terus membujang. 

"Hahahahahahaha Fizi ni kelakarlah. Stay single jelah. Biasanya single ni kelakar. 

"Kalau happy macam ni baik single je. 

"Hahahahahahah comel hahahahahah aku tak boleh la muka dia reda gila, tapi berharap lagi, hahahaha kelakar," komen beberapa netizen.  

Fizi mengakui bermain 'filter' Instagram berulang kali sekadar mahu menghiburkan dirinya yang 'single'.

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda berusia 25 tahun itu menganggap 'filter' Instagram tersebut sebagai hiburan semata-mata ketika dia kebosanan.

Mohamad Hafizi Firdaus atau lebih selesa disapa Fizi berkata, dia tidak menggalakkan pengikutnya di laman sosial untuk mempercayai 'filter' Instagram tersebut kerana ia hanyalah satu permainan. 

Kata Fizi, sebagai seorang yang masih bujang, dia perlu pandai menghiburkan hatinya sendiri. 

"Ini semua sekadar hiburan, kawan saya yang dah kahwin ada anak dua pun, filter Instagram tu tetap bagi jawapan 'suruh bela kucing sebab dia akan forever single'. 

"So, janganlah ambil hati cuma mungkin bukan tuah saya hari tu tak dapat jawapan yang positif.  

Ini semua sekadar hiburan, kawan saya yang dah kahwin ada anak dua pun, filter Instagram tu masih bagi jawapan 'suruh bela kucing sebab dia akan forever single'.

MOHAMAD HAFIZI FIRDAUS RIDZUAN

"Walaupun filter tu beritahu kita benda tak betul yang tak menyeronokkan, kalau kita anggap benda tu sekadar hiburan ketika bosan ia akan jadi fun sikit. Sebagai seorang yang single, kita kenalah pandai hiburkan hati sendiri," katanya.  

Menurut jejaka yang berasal dari Terengganu ini, dia tidak menduga video rakamannya itu akan mencuri perhatian netizen. 

"Sebenarnya masa tu saya kat kampung teman ayah. Waktu tengah bosan tak ada apa nak buat, saja je saya main filter ni.

"Tak sangka pula boleh viral. Sebab saya cuma suka-suka je upload," ujarnya. 

Perempuan yang memahami adalah salah satu ciri isteri idaman Fizi. 

Jelas anak sulung daripada dua adik beradik ini, meskipun sudah lama membujang, namun dia masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan zaman 'single'nya itu dalam masa terdekat. 

"Lama dah saya single. Dah nak masuk sembilan tahun. Last bercinta masa umur saya 16. Tapi buat masa sekarang ni, saya tak ada apa-apa plan lagi nak berkahwin.

"Fokus saya lebih kepada keluarga dan ibu bapa. InsyaAllah kalau ada jodoh, dah sampai waktu, kahwinlah saya," katanya. 

Sementara itu, Fizi turut menyatakan ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri.

"Sejujurnya, saya prefer orang yang lebih memahami situasi atau keadaan saya. Saya tak adalah begitu memilih rupa.

"Sebab zaman sekarang ni, rupa tu tak penting dan rupa tu tak menjamin kebahagiaan pun. Jadi saya mengharapkan perempuan yang datang dalam hidup saya nanti tu boleh faham saya," tambahnya. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
bujang, 'filter', Instagram, single

Artikel Lain