suria

“Ayah pernah nampak, tapi saya tak percaya” - Jurutera terkejut, pelik kereta ‘total loss’ tahun 2014 muncul atas jalan raya

Perodua Kelisa yang dilihat Suhaimi di Tangkak pada Sabtu mempunyai nombor pendaftaran sama dengan keretanya yang diisytihar 'total loss' selepas kemalangan pada 2014.

KELIBAT sebuah Perodua Kelisa di Tangkak, Johor pada Sabtu lalu secara tak langsung mengimbas kembali satu kejadian yang berlaku sekitar lima tahun lalu.

Menurut jurutera elektronik Mohd Suhaimi Jasni, 33, dia terbabit dalam satu kemalangan pada 1 Mei 2014 sehingga kereta itu diisytiharkan rosak sepenuhnya (total loss).

Tambahnya lagi, dia terkejut dan hairan bagaimana kereta yang sepatutnya sudah tidak wujud itu meluncur di jalan raya seperti kereta-kereta yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Sokong produk Malaysia, bekas wartawan bergelar peguam teruja lihat Perodua Kelisa dipandu mat salih di UK - “Apa yang saya buat, saya ingat asal usul”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan biasa-biasa! Uncle bawa myvi ‘berkepak’ curi tumpuan gadis

"Masa 1 Mei 2014, saya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tangkak. Tiba-tiba dekat Jasin saya terlelap dan melanggar sebuah kenderaan.

"Saya hanya alami koyak lutut, cedera di bibir dan dada. Pihak insurans bayar saya sejumlah wang kerana kereta tu dah total lost.

"Dua tahun lepas ayah pernah kata dia nampak kereta saya, tapi susah nak percaya. Hari Sabtu lalu saya sendiri yang tengok, memang terkejut," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Dia yang mesra disapa Suhaimi cepat-cepat mengeluarkan telefon sebelum merakam foto kereta berkenaan.

Suhaimi bersama anaknya.

Memiliki nombor pendaftaran sama, kereta Kelisa itu bagaimanapun sedikit berbeza berbanding model asal yang dimilikinya suatu ketika dahulu.

"Saya ternampak kereta tu masa nak balik rumah. Saya nampak macam kereta lama saya.

"Saya ambil gambar. Lepas tu saya teliti balik. Ada beza ciri-ciri pada kereta tu. Kelisa saya keluaran kedua, tapi yang saya nampak hari tu macam Kelisa generasi pertama.

"Tanggapan saya, mungkin kerangka diubah, sebab nak betulkan tu agak mustahil. Tapi kalau ada bengkel yang pandai, boleh je dibuat.

"Atau mungkin sindiket klon kereta. Saya tak pasti. Mungkin ada yang guna nombor kenderaan saya dan pasang pada kereta Kelisa lain.

Dua tahun lepas ayah pernah kata dia nampak kereta saya, tapi susah nak percaya. Hari Sabtu saya sendiri yang tengok, memang terkejut

MOHD SUHAIMI JASNI

"Atau mungkin juga pemilik bengkel beli kereta tu dari pihak insurans," katanya lagi, yang membuat pelbagai tafsiran.

Suhaimi turut berkongsi kisah itu di Facebook sehingga menerima lebih 1,300 perkongsian.

Posting tular itu turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya mengakui pelik dengan situasi berkenaan.

Dalam pada itu, Suhaimi turut memberi nasihat kepada orang di luar sana agar berhati-hati sebelum membeli kereta terpakai.

"Sila bawa mekanik atau kawan yang mahir untuk periksa kereta sebelum buat keputusan untuk beli," ujarnya lagi.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain