suria

Selamba biar wajah dipicit-picit lelaki, gadis umur 19 tahun dikecam tak jaga batas pergaulan - “Dia cuma pegang pipi saja...”

Foto Amyra yang disalah anggap oleh netizen di Twitter.

"ORANG lelaki memang suka kan picit pipi perempuan? Habis mekap aku."

Demikian kapsyen yang ditulis seorang gadis di laman Twitter, disertakan dengan beberapa keping foto.

Malangya, foto itu menimbulkan buruk sangka dalam kalangan segelintir individu yang menuduhnya tidak menjaga batas antara lelaki dan perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Status ‘pedas’ gadis ini undang perhatian Neelofa - “Kaki kutuk memang ada di mana-mana”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan main cakap saja” - Menangis muka disamakan dengan jalan tar, gadis nekad ‘salin’ kulit... 6 bulan terus cun!

Menjawab hal itu, dia yang hanya ingin dikenali sebagai Amyra atau Naddy, 19, mendedahkan tangan lelaki dalam foto tersebut adalah tangan suaminya dan mereka sudah dua tahun disatukan.

"Saya dah berkahwin. Jadi tak ada istilah tak menjaga batas. Sebagai suami isteri, posting saya di Twitter tu tiada sebarang sensitiviti.

"Dia cuma pegang pipi saja. Suami saya jarang main Twitter, reaksi dia biasa sahaja sebab dia dah tahu apa netizen akan komen bila tengok posting macam tu," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.


Posting Amyra yang tular di Twitter.

Kata Amyra lagi, dia bersikap positif sahaja meskipun wujud individu yang meninggalkan komen negatif di posting miliknya.

Malah, dia turut memberi nasihat kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati sebelum bertindak atau meninggalkan komen di media sosial.

"Pesanan saya. Sebelum berkata sesuatu, selidik dahulu. Saya lebih kepada positif dan neutral sahaja.

Antara posting mengenai Amira yang dikatakan tidak menjaga batas pergaulan.

"Sebab rata-rata netizen hanya tahu menilai sebelum mereka menyelidik terlebih dahulu," ujarnya yang menetap di Semenyih, Selangor.

Posting itu sehingga kini menerima hampir 2,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Saya dah berkahwin. Jadi tak ada istilah tak menjaga batas. Sebagai suami isteri, posting saya di Twitter tu tiada sebarang sensitiviti.

AMYRA

Lebih parah, salah satu posting yang menuduh Amyra tidak menjaga batas pula menerima lebih 9,000 Retweet.

Malah, ada juga individu yang tidak mengetahui status sebenar Amyra meninggalkan komen agar dia menjauhi zina.

Amyra dan suami sudah dua tahun berkahwin.

Selain kecaman, ramai juga pelayar Twitter yang turut memuji kecantikan Amyra.

Dalam pada itu, ini bukanlah kali pertama dia menerima kecaman di Twitter.

Tweet Amyra yang sebelum ini mendapat perhatian Neelofa.

Amyra sebelum ini pernah tular gara-gara satu tweet berbunyi: "Kalau nak kutuk fizikal orang, make sure muka korang cantik macam Neelofa dulu.

Ia kemudian turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara popular itu yang meminta agar semua individu tidak membazirkan masa mencerca individu lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Amyra, batas, pergaulan, kecam, jelita

Artikel Lain