suria

Status ‘pedas’ gadis ini undang perhatian Neelofa - “Kaki kutuk memang ada di mana-mana”

SUDAH menjadi 'trend' bagi sesetengah warganet yang senang hati mengutuk penampilan atau wajah seseorang, walaupun individu itu tidak dikenalinya.

Tulisan atau komen mereka dalam memberi pandangan seolah-olah diri sendiri kelihatan sempurna.

Sikap tersebut mengundang rasa jelik seorang pengguna Twitter yang pernah mengalami pengalaman dikutuk oleh orang luar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan main cakap saja” - Menangis muka disamakan dengan jalan tar, gadis nekad ‘salin’ kulit... 6 bulan terus cun!

ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah ‘fit’ pun cinta ditolak, pemuda XXL tarik perhatian Adibah Nor “Hati orang kita tak boleh paksa”

Gadis berusia 19 tahun yang dikenali Amyra memberitahu, dia selalu dikutuk oleh netizen yang selalu bersikap 'judgemental' terhadap orang lain.

"Biasanya saya dikutuk tidak setanding dengan mereka yang kononnya lebih bagus, lebih cantik dan serba serbi sempurna.

Retweet Neelofa terhadap status Amyra.

"Biasanya pelayar media sosial ini lebih suka mencari keburukan orang lain dan mudah mengutuk rupa paras atau fizikal orang lain. Saya sudah biasa dikomen seperti itu, dan kadang-kadang tidak peduli pun.

"Paling tidak pun saya akan memuat naik status 'pedas' ditujukan kepada netizen yang kaki kutuk ini," kongsinya kepada mStar.

Biasanya saya dikutuk tidak setanding dengan mereka yang kononnya lebih bagus, lebih cantik dan serba serbi sempurna.

AMYRA

Amyra turut memuat naik satu posting yang ditujukan khas kepada mereka yang suka mengutuk, dan paling menarik status itu mendapat retweet dan balasan daripada selebriti terkenal Neelofa.

"Bagi saya orang yang suka mengecam orang lain akan sentiasa ada dan tidak pernah habis walaupun bukan dari kalangan yang dikenali.

"Status saya itu mungkin pendek sahaja, tetapi memang niat untuk mereka yang suka mengkritik ini.

Sebahagian daripada komen netizen terhadap posting Amyra.

"Memang terkejut kerana status itu turut mendapat perhatian Neelofa dan dia turut selitkan nasihat dalam komennya.

"Saya memang kagum dengan sikap dia," katanya ringkas.

Posting Amyra, 'kalau nak kutuk fizikal orang, make sure muka korang cantik macam Neelofa dulu' mendapat lebih 7,000 ulang kicau dan pelbagai komen daripada netizen lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Neelofa, Kritik, Kutuk

Artikel Lain