suria

“Nak jadi ganas macam negara luar?” - Ramai marah kucing dibakar sesuka hati

Foto kucing yang dibakar tular di Facebook.

"MANUSIA lebih teruk daripada syaitan!" demikian komen seorang netizen yang meluahkan rasa marah berhubung kes penganiayaan haiwan terbaharu di negara ini.

Kisah beberapa ekor kucing yang dibakar sehingga hangus itu mula menjadi tular di laman Facebook sejak Rabu.

Menurut individu yang memuat naik posting itu, haiwan berkenaan dibakar berdekatan sebuah kedai serbaneka di Rembau, Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamaknya manusia! 6 ekor kucing mati diracun buat hati si ayah sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Haiwan pun kena sihir? Pelajar bingung perut kucing tiba-tiba terburai, “Dia seret usus datang kat saya”

Malah, posting itu turut disertakan dengan dua foto yang cukup meruntun hati netizen.

"Kita memandang berat kejadian pembunuhan haiwan seperti kucing dan anjing yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Ya Allah semoga si pelaku dapat balasan yang setimpa. Kejam hatimu wahai manusia.

PELAYAR FACEBOOK

"Apa nak jadi dengan bangsa Malaysia sekarang?" tulis posting itu lagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan sedih dengan kejadian berkenaan.

Malah, ada yang mendoakan agar si pelaku mendapat balasan setimpal di dunia dan di akhirat kelak.

"Allahuakhbar... Orang yang bakar tu sebenarnya binatang.

Antara komen netizen.

"Ya Allah semoga si pelaku dapat balasan yang setimpal. Kejam hatimu wahai manusia.

"Apa masalah rakyat Malaysia sekarang eh? Nak jadi ganas macam negara luar?

"Harap-harap ada CCTV kat situ boleh tahu sapa yang bakar tu," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, ini bukanlah kejadian pertama melibatkan penganiayaan kucing di negara ini.

Selain kes-kes kucing diracun oleh jiran tetangga, negara kita pernah gempar apabila seorang lelaki bersama rakannya membunuh seekor kucing bunting setelah ia dimasukkan dalam mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri tahun lalu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
bakar kucing, kejam, aniaya, haiwan

Artikel Lain