suria

Dulu dikecam, sekarang ramai puji baju tunang - “Tak mahal pun... bajet kami berdua bawah RM400”

Huzairie dan Mira selamat bertunang pada Ahad lalu.

PEMUDA yang dikecam kerana dianggap sengaja merendah-rendahkan rupa paras teman wanitanya di Twitter selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya itu baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsi Muhammad Huzairie Yahya dengan kapsyen 'Shoot engaged tanpa bersentuhan. Still boleh nampak kemanisan itu bersama' bersama empat keping gambar outdoor yang dimuatnaik di Twitter.

Majlis pertunangan pemuda itu yang mesra disapa Huzairie dengan Nurshamira Shahimi dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak di Parit Buntar, Perak pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak kongsi perubahan awek dari gelap ke gebu, gemuk jadi kurus bawa padah - “Ramai suruh saya cermin diri dulu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Susah nak dapat lelaki macam tu” - Gadis ‘dulu gelap kini gebu’ pertahan bakal tunang, ubah penampilan diri sebab letih dihina

Pada majlis itu, Huzairie dan pasangannya yang sama cantik dan sama padan itu juga memilih busana ringkas berwarna baby blue.


Huzairie dan Mira memilih persalinan berwarna baby blue untuk majlis pertunangan mereka.

Muhammad Huzairie yang juga seorang influencer berkata keluarga kedua-dua belah pihak menetapkan tempoh bertunang selama setahun.

"Alhamdulillah segala perancangan sebelum dan persiapan sepanjang majlis berjalan dengan baik dan lancar.

"Ramai saudara mara terdekat dan kenalan rapat datang meraikan majlis pertunangan kami. Insya-Allah kami akan disatukan pada November tahun depan, ikat selama setahun," katanya.

Baju kami berdua bukan ditempah khas dari mana-mana designer. Macam baju kurung Mira dia beli online manakala baju saya pula saya beli dekat kawasan rumah. Tak mahal pun.

MUHAMMAD HUZAIRIE YAHYA

INFLUENCER

Malah Huzairie tidak menganggap pernikahannya dengan Mira yang akan berlangsung November depan pada usia 24 tahun sebagai satu masalah.

"Ramai tanya tak terlalu awal ke nak kahwin? Tapi bagi saya mungkin jodoh dah sampai. Saya terima dengan rendah diri dan sudah bersedia.

"Lagipun umur bukan penentu alam perkahwinan sebab setengah orang mungkin umur 30 tahun baru kahwin, umur 18 tahun pun ada yang dah berkahwin. Itu semua rezeki masing-masing," katanya.

Ibu Huzairie menyarungkan cincin tunang di jari manis Mira.

Pada masa sama, Huzairie berharap agar pertunangan mereka sentiasa dilindungi Allah.

"Semoga pertunangan kami sentiasa dilindungi Allah dan berakhir dengan lafaz akad nikah. Saya juga berharap agar hati saya dan pasangan cekal sepanjang proses bertunang ini.

"Semua benda ada ujian. Cuma fasa pertunangan berbeza sedikit. Hanya orang yang pernah rasai saja tau betapa beratnya nak menanggung dugaan dan halangan yang datang," katanya.

Berita perkongsian Huzairie di Twitter turut mendapat ucapan tahniah daripada netizen yang mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jenjang pelamin.

"Tahniah, semoga segala urusan dipermudahkan. Cantik warna baju korang," tulis Ella.

Gambar outdoor pasangan ini mendapat pujian ramai.

Namun ramai terpukau gambar outdoor pasangan ini yang diambil di Kuala Gula Bagan Serai, Perak ditambah pula dengan persalinan mereka yang kelihatan mewah.

Huzairie berkata persalinan yang digayakan mereka berdua sebenarnya menelan belanja kurang RM400.

"Baju kami berdua bukan ditempah khas dari mana-mana designer. Macam baju kurung Mira dia beli online manakala baju saya pula saya beli dekat kawasan rumah. Tak mahal pun.

"Kiranya bajet baju kami berdua bawah RM400. Kami sukakan design yang simple tapi nampak mahal," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Huzairie, Mira, bertunang

Artikel Lain