Hero yang tak didendang, aksi murid salam pak guard bikin ramai tersentuh - “Sekolah anak saya pun buat perkara sama”

Rakaman ini tular di media sosial dan mendapat perhatian Dr Maszlee Malik.

SETIAP kali melangkah ke sekolah, kita pastinya akan bersalaman dengan kedua ibu bapa.

Namun, lain pula kisahnya di Sabah apabila pelajar kelihatan bersalaman dengan pengawal keselamatan sejurus tiba di pekarangan sekolah mereka.

Video itu pantas menjadi tular di media sosial sehingga ia turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Maszlee untuk anak-anak istimewa

"Lihatlah keperibadian anak-anak kita di SK Luagan, Sabah ini. Mereka bersalaman dengan pengawal keselamatan.

'Budaya menghormati perlu diterapkan kepada anak-anak kita.

"Sekolah sememangnya harus berfungsi sebagai satu platform pendidikan yang memupuk budaya hormat-menghormati," tulisnya di Twitter.

Selain Twitter, video berdurasi 42 saat itu turut menerima ratusan ribu tontonan di Facebook dan Instagram.

Dr Maszlee Malik.

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen, yang mana rata-ratanya memuji perilaku yang dipamerkan.

Dalam pada itu, beberapa individu turut tampil berkongsi perkara serupa.

Ujar Nurmalis di Instagram, budaya itu bukanlah sesuatu yang asing, malah turut menjadi amalan di sekolah lain.

Sekolah sememangnya harus berfungsi sebagai satu platform pendidikan yang memupuk budaya hormat-menghormati.

DR MASZLEE MALIK

MENTERI PENDIDIKAN

"Sekolah anak saya pun buat perkara yang sama. Tak kira cikgu ke security ke. Kena sama-sama hormat.

"Hero yang tidak didendang.Hujung minggu hatta cuti umum sekalipun mereka tetap bertugas demi menjaga keselamatan sekolah.

"Ya Allah bagusnya terbaik pihak sekolah terapkan nilai-nilai murni kepada pelajar. Syabas," tulis beberapa individu.

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain