Temperature kereta naik, pengantin tetap cool... akhirnya dapat gambar kahwin di overseas! - Viral | mStar

Temperature kereta naik, pengantin tetap cool... akhirnya dapat gambar kahwin di overseas!

Gambar dirakam secara candid di lokasi kereta pengantin tiba-tiba rosak. Kredit Foto Twitter Apihazmi.

BERGELAR raja sehari antara momen membahagiakan dan ditunggu-tunggu setiap pasangan yang merancang untuk menamatkan zaman bujang.

Hakikatnya semua diatur secara teliti untuk memastikan detik bersejarah itu berjalan lancar. Tapi kita hanya mampu merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.

Begitulah kisah yang menimpa pasangan pengantin Noraini Mohd Rofi, 25, dan Muhammad Naqiuddin Mohd Hashim, 30, apabila sesi penggambaran outdoor mereka tidak seperti dirancang dek kerana kereta 'buat hal'.

ARTIKEL BERKAITAN: Album kahwinku musnah! 'Berkurun' tunggu, bayar RM700, pengantin hanya dapat 8 gambar resepsi, berinai, “Macam beli di kedai 2 ringgit”

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 40 tahun jadi jurufoto, Jeffri Iran simpan beribu biodata artis dan selebriti

Namun siapa sangka 'ujian' itu sebenarnya memberi hasil gambar outdoor luar biasa cetusan idea kreatif jurugambarnya, Mohd Haffiz Azmi, 26.

Malah gambar tersebut dikongsi Mohd Haffiz atau lebih mesra disapa Apih di Twitternya dan mendapat pujian netizen sehingga ada yang menjangka penggambaran dilakukan di luar negara.

Idea gambar tersebut datang secara spontan. Namun hakikatnya gambar tersebut sebenarnya diambil di Kuala Pahang, Pekan Pahang pada 15 Ogos lalu.

Noraini ketika dihubungi mStar mengakui terkejut dan berpuas hati dengan hasil gambar tersebut.

"Ketika gambar itu diambil perasaan kami bercampur baur. Excited dan pada masa sama risau sebab kereta buat hal.

"Benda jadi tanpa kami jangka... tapi Alhamdulillah rezeki kami atas kreativiti Apih. Kami happy dan tak sangka gambar tu boleh viral," katanya.

Idea tu sebenarnya datang secara spontan. Saya edit sikit untuk nampak kesan vintage dan sesuaikan dengan lokasi outdoor tu.

MOHD HAFFIZ AZMI.

Jurugambar perkahwinan.

Jelas Noraini atau lebih mesra disapa Noni, sewaktu dalam perjalanan untuk ke lokasi penggambaran outdoor selepas selesai majlis nikah kereta suaminya mengalami masalah.

"Kami sebenarnya plan nak shoot dekat Pantai Air Leleh dan semasa dalam perjalanan ke pantai kereta suami saya temperature naik.

"Apih time tu follow kami dari belakang dan suami saya minta tunggu suhu kereta turun sikit untuk teruskan perjalanan," katanya.

Gambar hasil kerja Apih mendapat perhatian ramai sehingga ke luar negara.

Bagaimanapun kata Noni, mereka hanya mengikut arahan Apih yang secara tiba-tiba meminta mereka untuk melakukan aksi candid ketika itu.

"Time tu Apih berjalan ke seberang jalan. Kemudian dia snap gambar candid kami dari situ dan dia suruh kami pose pula dekat papan tanda yang dah bengkok.

"Apih pun suggest kami posing je dekat kawasan sekitar situ. Lepas tu kami pun teruskan perjalanan ke pantai naik kereta Apih untuk sambung photoshoot," katanya.

Sementara itu, Apih turut berterima kasih dan terharu dengan pujian orang ramai terhadap hasil kerjanya itu.

Antara komen netizen yang memuji idea kreatif Apih.

"Idea tu sebenarnya datang secara spontan. Saya edit sikit untuk nampak kesan vintage dan sesuaikan dengan lokasi outdoor tu.

"Saya upload dekat Twitter dan tak expect apa-apa pun, tiba-tiba viral sampai ke luar negara. Saya terharu sangat-sangat bila ramai komen dan appreciate hasil kerja saya," katanya yang menjadi jurugambar perkahwinan sejak lebih dua tahun lalu.

Artikel Lain