suria

Kecoh pegang rambut masa potong ayam, pemuda ‘jambu’ tak berbaju curi perhatian, “Mama cakap nak buat menantu”

SEORANG pemuda yang sedang membuat persiapan untuk memasak di dapur menimbulkan persoalan apabila rakaman menunjukkan dirinya memegang rambut selepas memotong ayam.

“Eee aku je ke perasan dia dah pegang ayam lepas tu dia selak rambut? Eeww,” tulis seorang netizen. 

“Rambut dia mesti bau ayam,” komen netizen lain yang merujuk kepada pemuda tidak berbaju dengan hanya memakai apron semasa memotong ayam.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara foto six pack, pemuda kaki ‘troll’ disindir tak edit imej pada cermin, “Perut saya kejang sampai terbaring dalam fitting room”

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, abang polis 'terlajak' tinggi! Sekali kenal, sukar hilang dari mata “Pandang-pandang macam saya ni pelik sangat...”

“Pegang ayam lepas tu pegang rambut. Kang nanti kau jadi ayam bang,” kata netizen.

Aksi Aizat memegang rambut semasa memotong ayam menjadi pertikaian netizen.

Pemuda berkenaan, Aizat Aslam Mohd Manshahar menjelaskan video tersebut dirakamkan di dapur pada Ahad lalu, bagi membuat parodi kepada video masakan.

Dia yang berusia 20 tahun menyedari pertikaian netizen mengenai tindakannya memegang rambut ketika memotong ayam kerana ia melibatkan faktor kebersihan.

“Ada netizen juga kata ia menjijikkan kerana saya sanggup lumur tangan yang sudah dipegang ayam mentah dan disapu pada rambut.

“Isu kebersihan pada ayam tidak timbul kerana ketika itu saya baru potong ayam, dan belum lagi proses pembersihan ayam untuk dimasak,” katanya kepada mStar.

Aizat tidak menyangka video dirinya memotong ayam menjadi perhatian netizen.

Aizat yang menetap di Kajang, Selangor bagaimanapun mengakui terdapat kesilapan pada rakaman itu di bahagian suntingan sehingga mengelirukan netizen.

“Maaflah, sebenarnya babak yang saya pegang rambut tu dirakam di bahagian awal tapi bila diedit, babak itu saya letak di bahagian belakang.

“Saya akui rambut saya masa tu berbau ayam. Tapi rambut busuk boleh dicuci, bukan netizen bau pun. Ayam pun dibersihkan dahulu sebelum masak,” tambahnya.

Antara mesej daripada netizen berikutan videonya memotong ayam dianggap comel.

Bagaimanapun katanya, video memotong ayam tersebut menarik perhatian ramai sehingga ada netizen yang menghantar mesej secara peribadi kepadanya.

“Ada gadis kata video saya potong tu comel. Dia kata ‘mama cakap nak buat menantu’. Mungkin agaknya jarang tengok lelaki potong ayam.

Nak memasak ni bukan sebab nak jadi calon menantu pilihan, tapi sebab memang ahli keluarga saya semua pandai dan belajar untuk memasak.

AIZAT

“Ada seorang pemuda pula beritahu dia diminta kekasihnya untuk mengikut gaya comel saya seperti dalam klip video. Macam-macam netizen ni,” ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Menurut Aizat, dia juga mempunyai kemahiran memasak yang dipelajari daripada ibunya yang mengusahakan kantin sekolah. 

Aizat juga mempunyai kepakaran memasak sejak di bangku sekolah.

“Nampak saja saya potong ayam, tapi saya juga boleh memasak. Kalau ada permintaan daripada keluarga, saya masaklah.

“Cakap saja ayam apa, masak merah, kicap... semua saya boleh masak atau sekurang-kurangnya saya cuba. Tapi yang selalu saya masak adalah ayam goreng masak kunyit.

“Nak memasak ni bukan sebab nak jadi calon menantu pilihan, tapi sebab memang ahli keluarga saya semua pandai dan belajar untuk memasak. Nak jadi calon menantu tu nanti-nantilah, saya nak tumpukan pada pelajaran dahulu,” kata pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik di Mara Japan Industrial Institute (MJII) di Beranang, Selangor.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
apron, ayam, menantu, MJII

Artikel Lain