suria

Suka main Tik Tok, gadis ini dituduh attention seeker sebut ‘bra’ ketika pakai tudung labuh, “Asalnya jadi ustazah, tapi cancel...”

Bazilah (kiri) bersama dua talent untuk penggambaran video, Nurul Alia (tengah) dan Aishah. Foto instagram _bajilah

TAK ada angin, tak ada ribut, gambar tiga gadis berhijab dan berpakaian sopan tiba-tiba sahaja didakwa mendapat kecaman dalam kalangan netizen.

“Pakai macam ni pun kena kecam dah tu nak suruh aku pakai bra saja ke? Gitu ke? Apa masalah? Doa je lah baik-baik!,” menurut perkongsian salah seorang daripada tiga gadis berhijab itu di laman sosial Twitter.

Luahannya bagaimanapun dipersoalkan netizen mengenai siapakah yang mengecamnya kerana berpakaian sopan sebegitu, menyebabkan gadis itu dituduh sengaja membuat posting sedemikian demi meraih perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup pijak al-Quran bersumpah telah bersetubuh, suspek dalam video tular direman 3 hari

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga remaja pijak al-Quran bersuara, bapa kata anak lembam “Dia lurus bendul, anak saya dipaksa”

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih tak suka orang Kelantan, pemuda tawar cincin ‘free’ gara-gara bertunang tak jadi

“Siapa pulalah yang nak kecam kau pakai macam tu, syok sendiri ni,” ujar netizen.

Luahan Bazilah di Twitter menimbulkan tanda-tanya.

“Kenapa kena kecam? Adakah ini sejenis tweet pancing? Sebab semua nampak cantik je kot,” tulis seorang netizen.

“Bila dah berpakaian sopan patut datang sekali dengan adab bila berkata-kata. Kalau betul awak ikhlas pakai macam ni kenapa perlu fikir tentang orang lain? Kenapa perlu sebut 'pakaian dalam' tu?,” soal netizen.

“Ke pakai tak ikhlas? Sebab nak menjual je? Hehe. Ada cara lain kalau nak promote,” tambahnya.

Gadis berkenaan, Bazilah Mohammad tampil menjelaskan bahawa dia bukan mahu meraih perhatian netizen, sebaliknya mendedahkan memang ada menerima mesej yang kurang sopan daripada beberapa individu menerusi akaun Instagramnya.

Kritikan netizen yang mempersoalkan posting Bazilah yang menyebut tentang pakaian dalam.

Jelas gadis berusia 20 tahun itu, dia membuat posting tersebut di akaun Twitter miliknya kerana laman sosial itu dijadikan platform untuknya meluahkan perasaan.

“Memang ada beberapa individu yang menghantar PM (mesej secara peribadi) kepada saya susulan gambar berkenaan dimuat naik di Instagram.

Asalnya, nak bawa watak jadi ustazah. Tapi tak jadi sebab tukar topik kerana sejak kebelakangan ini, banyak persepsi dan pandangan negatif terhadap orang Kelantan termasuk saya. 

BAZILAH

“Mereka kata saya sengaja nak cover atau tunjuk baik sebab pakai tudung labuh... kebiasaannya saya bertudung biasa dan bermain aplikasi Tik Tok.

“Yang baik sepatutnya dijadikan teladan. Kalau dah nampak saya berpakaian sopan, doakan yang baik-baik bukannya cakap yang buruk-buruk,” katanya kepada mStar.

Bazilah menerima mesej yang kurang sopan berhubung penampilannya bertudung labuh.

Bazilah berkata, pada awalnya pemakaian set muslimah itu bertujuan untuk membawa imej sopan dalam rakaman sebuah video mengenai ustazah untuk tayangan di laman Youtube, bersama dua lagi bakat (talent), Nurul Alia Latif dan Aishah Abdullah.

Anak jati Machang, Kelantan itu memberitahu, selepas mengadakan perbincangan, topik ustazah tersebut ditukarkan kepada topik 'pandangan terhadap Kelantan'.

“Asalnya, nak bawa watak jadi ustazah. Tapi tak jadi sebab tukar topik kerana sejak kebelakangan ini, banyak persepsi dan pandangan negatif terhadap orang Kelantan termasuk saya. 

“Video tersebut yang dirakamkan di sekitar Terengganu akan menggunakan teknik rakaman yang memaparkan lokasi menarik dan strategik di Terengganu. Macam orang Kelantan datang ke Terengganu,” tambahnya.

Selain negeri kelahirannya, Bazilah sering juga dikecam kerana suka bermain aplikasi Tik Tok.

Menurut Bazilah yang mengusahakan bisnes dalam talian, dia mengakui sering dikecam gara-gara bermain aplikasi Tik Tok dan juga disebabkan negeri kelahirannya.

“Mengapa ramai nak mengecam saya hanya disebabkan negeri kelahiran saya? Perangai baik atau buruk bukan disebabkan kenegerian tetapi individu itu sendiri.

“Jadi, dengan penghasilan video itu nanti sedikit-sebanyak dapat mengubah pandangan masyarakat terutama orang luar terhadap orang Kelantan,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain