“Saya tak percaya benda karut tu semua” - Gadis ‘moody’ baling senduk tewaskan ular masuk rumah, anak buah selamat

Amalina membunuh seekor ular yang masuk ke rumah neneknya menggunakan senduk.

SIAPA sangka gadis yang dilihat sebagai lemah lembut dan pandai menjahit ini sebenarnya seorang yang 'ganas' dan berani.

Di sebalik kelembutannya, Amalina Saharudin adalah seorang gadis lasak dan memiliki hobi yang jarang-jarang diminati kaum hawa iaitu memelihara haiwan eksotik.

Bagi yang mengenali rapat gadis berusia 20 tahun ini, ia bukanlah satu perkara pelik memandangkan sikap beraninya itu adalah 'tempias' daripada bapanya, Saharudin Jalal yang pernah berkhidmat sebagai pegawai veterinar di Zoo Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak bela beruang!” - Ara Johari terkilan disangka penyanyi wanita simpan beruang dalam kondo

ARTIKEL BERKAITAN: Anjing, kucing jalanan makan 'mewah' kerana lelaki ini berhutang - "Saya makan nasi dengan telur goreng cicah kicap dah cukup"

"Saya anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga.

"Memang dari kecil lagi minat saya terhadap binatang berbisa dan sebelum ini pernah bela kala jengking, ular sawa dan lain-lain.

Amalina anak ular sawa piliharaannya. Foto:  Amalina

"Abang saya yang sulung memang tak minat binatang dan dia selalu pesan supaya berhati-hati, manakala abang kedua saya Allahyarham Ameer Hamzah merupakan seorang bomba, mempunyai minat seperti saya.

"Sebelum dia meninggal dunia tiga tahun lalu ada juga dia bawa balik ular yang ditangkapnya ke rumah. 

"Selepas abang dah tak ada akibat terkorban dalam kemalangan ketika bertugas, hanya saya seorang sahaja yang minat hobi ini," kongsinya kepada mStar.

Menurut Amalina, apa yang menggembirakannya apabila minatnya itu turut dikongsi dengan rakan baiknya sejak kecil, Shafiq Izzudin.

"Kami berkongsi minat yang sama, tetapi kami tahu batas bermain dengan binatang berbisa ini. Ada caranya sendiri.

Amalina berkongsi hobi bersama kawan baiknya sejak kecil, Shafiq. Foto: Twitter Amalina

"Cuma sekarang, kami kurangkan hobi ini memandangkan ibu saya dah bising sebab dia risaukan keselamatan kami.

"Dulu ayah pun bising juga, tetapi lama kelamaan dia diam sebab faham perangai saya 'datang' daripadanya dan sejak itu  ayah sering beri nasihat serta tip," ceritanya lagi.

Isnin lalu, Amalina berkongsi gambar menunjukkan dia telah membunuh seekor ular senduk yang masuk ke rumah neneknya di Tanjong Karang, Selangor.

Status perkongsian Amalina yang dimuat naik di Twitter.

"Ketika itu saya sedang menjaga anak buah berusia tiga tahun dan semasa saya tinggalkan dia sekejap untuk ke dapur tiba-tiba nampak seekor ular seperti ular senduk dah ada dekat dengan anak buah saya, kepala ular itu pun dah menegak.

Kalau ular tu masuk tak ada budak kecil mungkin ada cara lain menghalaunya. Tetapi masa tu keselamatan anak buah saya lebih diutamakan.

 

AMALINA SAHARUDIN

"Tak fikir panjang saya capai apa yang dekat dengan tangan, ada senduk besar dan terus baling ke arah ular itu.

"Balingan tepat dan kepala ular itu longlai, saya terus ambil senduk yang sama dan memukulnya sekuat hati.

"Kebetulan hari tu mood saya tak berapa baik, jadi ular tulah jadi mangsa lepas geram saya," ujarnya.

Antara binatang eksotik peliharaan Amalina sebelum ini. Foto: Twitter Amalina

Menurut Amalina yang bakal menyambung pengajian ke peringkat ijazah, ketika insiden mengejutkan itu, dia sebenarnya lebih memikirkan keselamatan anak buahnya.

"Ramai yang komen kata tak elok bunuh ular dalam rumah dan macam-macam lagi.

"Kalau ular tu masuk tak ada budak kecil mungkin ada cara lain menghalaunya, tapi masa tu keselamatan anak buah saya lebih utama.

"Lagipun saya tidak percaya dengan benda-benda karut itu semua. Memandangkan rumah nenek saya di kawasan bendang dan ketika ini musim panas, tentu akan ada binatang berbisa cari tempat sejuk kerana ia memang perkara yang dah biasa terjadi sebelum ini," kata pereka fesyen di ibu kota ini.

Perkongsian Amalina itu mendapat 8,000 ulang kicau dan lebih 435 komen daripada netizen.

gadis, bunuh, ular, jin, senduk

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain