Borak dan 'rembat'! 'Makcik Myvi merah' berani curi 3 beg pelajar dalam masjid "Esok exam, nota sekali kena curi” - Viral | mStar

Borak dan 'rembat'! 'Makcik Myvi merah' berani curi 3 beg pelajar dalam masjid "Esok exam, nota sekali kena curi”

Paparan skrin rakaman CCTV sewaktu kejadian berkenaan.

DALAM kesibukan menghadapi peperiksaan akhir, tiga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor diuji dengan kehilangan barang peribadi.

Lebih mengejutkan, beg milik mangsa yang berisi wang, laptop, telefon bimbit dan nota dicuri dalam sebuah masjid di kampus berkenaan sewaktu mereka sedang mengerjakan solat Asar secara berjemaah pada Isnin minggu lepas.

Salah seorang mangsa, Amelia Natasha Zainudin, 20, berkata, dia sama sekali tidak menyangka kejadian itu akan menimpa dirinya dan rakan-rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah jadi mangsa curi, tapi pensyarah tetap minta netizen tak kecam 'gadis itu'

ARTIKEL BERKAITAN: “Sepupu tegur kena tengking, suami saya dikata nak tunjuk samseng” - Isteri kesal, dedah sikap AJK masjid nak balik awal

"Kami sebenarnya tengah study, selepas itu kami solat Asar sama-sama kat masjid. Ingatkan member simpan beg atau ada yang prank.

"Bila cari-cari tak jumpa, kami ke bahagian Pusat Islam dan minta untuk tengok rakaman CCTV.

Rakan kepada tiga mangsa berkenaan turut memuat naik maklumat kejadian sebagai peringatan bersama di Twitter.

"Memang terkejut, rupa-rupanya mak cik tu yang mencuri beg kami tu dah bersembang dengan kawan saya kat tempat ambil wuduk," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Saya tak marah, benda dah berlaku. Harap dia guna duit tu ke arah yang sepatutnya.

NUR ADILA MOHD ZAINI

Selain sedih dan geram, Amelia Natasha mengakui peristiwa itu sedikit sebanyak mengganggu fokusnya untuk menghadapi peperiksaan.

Malah, dia juga terpaksa mengorbankan malam sebelum peperiksaan yang sepatutnya dimanfaatkan dengan ulang kaji untuk pergi ke Balai Polis Bangi.

"Sangat mengganggu. Sepatutnya malam tu study, tapi kena pergi buat laporan polis.

"Dah la esoknya exam. Dengan nota sekali kena curi," jelasnya lagi.

Suspek kes berkenaan yang berjaya dirakam CCTV.

Selain Amelia Natasha, dua lagi mangsa iaitu Nur Adila Mohd Zaini dan Natasha Natashazlin Mohd Shafie turut terkesan dengan kejadian itu.

Mereka bagaimanapun mengakui reda dengan apa yang berlaku dan ada menitipkan pesanan buat pencuri berkenaan.

"Saya tak marah, benda dah berlaku. Harap dia guna duit tu ke arah yang sepatutnya.

"Saya rasa dia nak guna untuk keperluan, dia terdesak. Moga dia diberi hidayah. Janganlah ambil tapi carilah jalan lain untuk dapatkan duit," kata Nur Adila.

Dalam pada itu, rakaman berkenaan turut dimuat naik ke Twitter oleh Saffa Mohhidin yang juga rakan kepada tiga pelajar itu.

Video berkenaan sehingga kini menerima hampir 16,000 ulang kicau (Retweet).

Menerusi thread berkenaan, indvidu tersebut turut menjelaskan bahawa pencuri berkenaan merupakan wanita berusia lingkungan 40-an yang menaiki Myvi berwarna merah.

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain