Dah jadi mangsa curi, tapi pensyarah tetap minta netizen tak kecam 'gadis itu' - Viral | mStar

Dah jadi mangsa curi, tapi pensyarah tetap minta netizen tak kecam 'gadis itu'

Paparan skrin rakaman kamera CCTV menunjukkan gadis bertudung, dipercayai individu yang mengambil beg milik Dr Aisyah. FOTO: Twitter @muharikah

SIAPA yang tidak sedih seandainya barangan peribadi lesap akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab di tempat beribadat.

Begitulah nasib seorang pensyarah bidang perubatan apabila beg miliknya dicuri sewaktu dia sedang mengerjakan solat di surau sebuah pusat beli belah, Isnin lalu.

Lebih teruk, beg tersebut mengandungi komputer peribadi beserta kertas peperiksaan pelajarnya yang perlu dihantar kepada pihak universiti.

Menurut Dr Nur Aisyah Zainordin, 35, dia yang berada di Wangsa Walk untuk bertemu sahabatnya telah singgah sebentar di surau untuk mengerjakan solat Maghrib dan Isyak.

Dr Nur Aisyah Zainordin, pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh

"Dalam pukul 8.30 malam, sejurus solat Isyak saya menyedari kehilangan beg itu yang diletakkan di belakang saya.

"Sebelum itu, memang perasan ada orang, tetapi langsung tidak syak apa-apa. Tak sangka ada orang akan mencuri di tempat solat.

"Lagipun ada ramai kat situ. Ingatkan ada orang tersalah ambil sebab beg sama. Apabila saya periksa rakaman CCTV, barulah saya tahu," ujarnya sewaktu dihubungi mStar Online, Rabu.

Menurut Dr Aisyah, dia turut membuat laporan polis pada Selasa berhubung kehilangan itu.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut juga seolah-olah mengulangi insiden serupa yang menimpanya suatu ketika dahulu.

Jelasnya, dia pernah kehilangan beg komputer apabila tingkap keretanya dipecahkan ketika berhenti di lampu isyarat, lima tahun lalu.

Dalam pada itu, Dr Aisyah turut memuat naik posting berkaitan kes tersebut di laman Twitter sehingga menerima 18,000 ulang kicau (Retweet).

Beg yang hilang di surau pusat beli belah pada Isnin lalu.

"Sesiapa yang kenal gadis ini, boleh beritahu dia saya perlukan beg itu sebab ada markah student  saya yang perlu submit kepada universiti.

"Minta Retweet ya. Jangan kecam beliau," tulisnya.

Menerusi posting itu, dia turut melampirkan paparan skrin daripada kamera CCTV yang menunjukkan seorang gadis, dipercayai individu yang mengambil beg komputer miliknya.

Jelas Dr Aisyah, beg tersebut mengandungi markah lima pelajarnya yang perlu dihantar kepada pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh.

Dia yang sedikit trauma akibat kejadian itu berharap sistem locker dapat diperkenalkan di lokasi itu supaya kejadian seumpanya tidak berulang.

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain