Terpulanglah... blogger tak kisah dikecam beli beg tangan mewah sebab pengikut nak tahu harga je - Viral | mStar

Terpulanglah... blogger tak kisah dikecam beli beg tangan mewah sebab pengikut nak tahu harga je

Cik Epal merupakan seorang blogger popular yang mula menulis blog sejak 2008. - Instaram @cikepal06

SIAPALAH yang tidak mahu berbelanja mewah jika memang mampu untuk memiliki apa sahaja yang diidamkan.

Lebih-lebih lagi jika barangan berjenama itu diperoleh hasil titik peluh sendiri.

Namun, tidak semua orang dapat melihat seseorang mempamerkan kemewahan di media sosial dengan hati terbuka.

Seorang blogger popular yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Epal teruk dikecam selepas memuat naik Instastories membeli beg tangan jenama mewah secara tunai ke media sosial.

Video Instastories blogger berusia 28 tahun itu dimuat naik semula oleh pengguna media sosial ke laman Twitter sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Segelintir netizen mendakwa tindakan itu sebagai menunjuk-nunjuk dan 'corny' (dangkal), namun tidak kurang juga yang menyebelahi perbuatannya kerana menganggap blogger itu memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengecapi kejayaan.

Seorang pelayar Twitter menulis: "Ya Tuhan, jika satu hari nanti saya jadi kaya-raya, tolong lindungi saya daripada menjadi corny seperti ini."

Bagaimanapun, blogger yang juga seorang personaliti media sosial yang mempunyai 254,000 pengikut di Instagram itu berkata, dia terkejut selepas mengetahui perkara itu.

"Agak terkejut jugalah sebab selama ini saya memang selalu kongsi apa saya buat.

"Saya memang selalu share aktiviti kehidupan harian saya di Instastories, tapi tak sangka ada yang rekod dan sebarkan di platform lain. Ini kali pertama ia berlaku.

"Terpulang kepada individu yang melihat. Kalau pandang positif akan anggap saya kongsi info, kalau pandang negatif, akan jadi negatif," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Menerusi video Instastories tersebut, Cik Epal turut berkongsi harga beg tangan itu yang bernilai antara RM12,000 dan RM14,000 sebuah.

Sebab ada yang ambil video2 ig storie aku dan letak dekat platform lain, so aku abadikan saja lah video itu di sini. Haha. Sedap korang mengata aku ye. Tapi tak apa, dari zaman blog lagi aku dah lali kena kecam. Wahaha 😂. . Aku admit aku memang bukan anak orang senang,tapi aku ada impian untuk hidup senang dan aku berusaha untuk ke arah itu. . Bila kita usaha keras atas kaki kita sendiri, of course kita rasa excited bila kita dapat reward diri kita dengan benda yang kita tak pernah rasa kita akan dapat beli pon dengan duit sendiri. . Dari zaman study lagi aku memang jenis suka beli apa2 guna duit aku sendiri. Aku tak suka mintak2 orang atas apa benda yg aku nak beli. Kepuasan membeli dengan duit sendiri tu lain sangat dengan orang yg belikan utk kita. . Jangan ingat aku shopping, aku tak ada saving ye. Papa Han je tahu berapa banyak saving yang aku ada 😂. Dari zaman study lagi, income2 aku banyak aku buat saving. . Bagi aku, perempuan zaman sekarang memang kena independent pon lagi2 dari segi kewangan. Jangan bergantung dengan lelaki 100%. Aku sangat happy bila tengok ramai perempuan zaman sekarang mampu beli apa2 yg diorang nak hasil usaha sendiri. . Yang penting, spender dekat Dior pon harga RM4050 tau (sila lihat ig storie aku). Hado? Nak beli, sila kan. Haha 😂

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on

Cik Epal turut memuat naik semula video Instastories tersebut selepas ia tular.

Menurut ibu kepada seorang putera itu, tindakannya memberitahu harga tas tangan mewah itu bagi memenuhi permintaan pengikutnya di Instagram.

"Bila saya shopping, pengikut saya terlampau ramai nak tahu harga beg tangan yang saya beli tu.

"Ada yang nak 'window shopping', ada yang memang dah lama berhasrat membeli sesetengah barang, ada juga yang memang suka saya kongsi pengalaman bila masuk butik mewah.

"Daripada saya kena balas satu-satu DM (pesanan terus), jadi saya letak harga siap-siap dan tak perlu saya balas pertanyaan setiap orang," jelasnya yang memang gemar mengumpul pelbagai beg tangan berjenama.

Cik Epal mula menulis blog sejak 2008 iaitu ketika dia berusia 17 tahun.

Wanita itu sering berkongsi tentang perkara yang disukainya seperti makanan, keluarga, percutian dan keibubapaan.

Cik Epal

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.