suria

Kereta manual 'mainan' nenek Ann, netizen mengaku “kalau bagi saya, memang tersengguk-sengguk”

Annas (kiri) gembira setiap kali meluangkan masa bersama nenek Ann.

"NENEK Ann memang terbaik. Pandu kereta manual mengalahkan orang muda."

Perkongsian video seorang nenek memandu kereta 'manual' yang dirakam oleh Annas Azraai Abdul Ariff, 21, di laman Twitter Sabtu lalu menarik minat ribuan netizen sehingga mendapat 15,000 ulang kicau (Retweet).

ARTIKEL BERKAITAN: Sayangkan cucu... nenek comel 'sound' gambar WhatsApp lidah terjelir, 'typo' tak ada hal!

ARTIKEL BERKAITAN: Geli hati nenek guna 'smartphone', cucu tak terbalas mesej opah!

ARTIKEL BERKAITAN: “Tunggu kejap, nenek tengah main PUBG ni...”

Ketika dihubungi mStar, Annas tidak menyangka video ringkas warga emas, Ann Abd Rahman yang berusia 71 tahun itu akan menarik perhatian pengguna Twitter.

Annas bersyukur mengenali dengan nenek Ann.

"Video itu dirakam ketika kami dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang rakan ke Sungai Besi.

"Sebenarnya nenek Ann bukanlah nenek sebenar saya. Dia merupakan nenek kepada rakan baik saya. Tetapi saya sudah menganggapnya seperti nenek sendiri sejak kami rapat setahun lalu.

"Paling 'best' sebab nenek seorang yang 'sporting' dan bersahaja," ujarnya.

Anak nenek Ann ada beritahu pada tahun 80-an nenek menunggang motosikal Yamaha RXS. Lepas tu layan 'scrambler', main 'motocross' di Litar Batu 3. Motosikal akhir yang dia naik adalah ZZR250. Nenek ni 'bikers' sejati.

ANNAS AZRAAI

Pemuda yang tinggal di Shah Alam ini memberitahu, dia semestinya tidak ada peluang untuk memandu kereta jika keluar bersama nenek Ann.

"Memang tidak dinafikan nenek Ann cekap memandu kereta manual. Dia tidak seperti wanita lain yang telah berusia sepertinya.

"Kalau bagi saya pandu, memang kereta itu akan mati atau tersengguk-sengguk. Sebab itu baik nenek yang pandu sahaja.

"Tetapi setiap kali bersama nenek, dia selalu menasihatkan saya supaya jangan pandu laju dan selalu berhati-hati," tambah Annas.

Antara komen-komen netizen selepas melihat aksi nenek Ann memandu.

Dalam pada itu, Annas mendedahkan bahawa nenek Ann ini sebenarnya bukan calang-calang orang ketika waktu muda dahulu.

"Anak nenek Ann ada beritahu pada tahun 80-an nenek menunggang motosikal Yamaha RXS. Lepas tu layan 'scrambler', main 'motocross' di Litar Batu 3. Motosikal akhir yang dia naik adalah ZZR250. Nenek ni 'bikers' sejati.

"Malah nenek juga ada kereta 1.8 GSR turbo," jelasnya.

Walaupun bukan darah daging, perasaan kasih kepada nenek Ann tidak pernah hilang.

"Saya ucapkan terima kasih kepada nenek sebab bagi peluang untuk berbual, bergurau dan selalu bagi nasihat. Saya doakan semoaga nenek panjang umur dan sihat saya sayang nenek," ujarnya sedikit sebak.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Nenek Ann, Annas, pandu kereta, manual

Artikel Lain