“Tunggu kejap, nenek tengah main PUBG ni...”

Pasangan suami isteri ini sering memuat naik video nenek mereka setiap kali mereka meluangkan masa bersama.

PETALING JAYA: Kanak-kanak sibuk dengan PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG Mobile sepanjang musim cuti sekolah ini bukan sesuatu yang pelik, tapi lain halnya apabila keletah melucukan seorang nenek bermain permainan tembak-menembak itu telah mencuri perhatian netizen.

Rakaman tersebut yang dimuat naik oleh Mikhail Isaaq Mohd Rozi, 23, ditonton sebanyak 101,913 kali sejak ia dimuat naik, Jumaat lalu.

Melalui rakaman itu, Sharifah Hasiah Syed Hitam dan isteri Mikhail Isaaq iaitu Siti Hajar Mohamad Hanif, 22, dilihat bermain PUBG Mobile di ruang dapur rumah mereka.

"Nenek lama dah tak main, rindu nak main (PUBG Mobile). Nenek nak cari pistol... nak tangkap pencuri.

"Nanti sekejap nenek tengah main," kata warga emas itu kepada cucunya dalam rakaman video berkenaan.

Kata usahawan kosmetik tersebut, nenek isterinya itu memang gemar mencuba perkara baharu dan merupakan seorang yang ceria.

"Sebenarnya, nenek datang sini (Kuala Lumpur) untuk melawat saudara yang sakit.

"Ketika dia tinggal di rumah kami, isteri saya ajar dia bermain PUBG Mobile dan dia pun seronok mencubanya," kata Mikhail Isaaq ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Bagaimanapun, pemuda itu menjelaskan bahawa wanita berusia 74 tahun itu bukan selalu bermain permainan telefon pintar tetapi sekadar mencubanya untuk suka-suka.

Wanita yang menetap di Pasir Mas, Kelantan itu juga suka bergambar dan menghasilkan video untuk simpanan peribadi.

bila bini kau dah mula ajar nenek main PUBG ??

A post shared by Mikhail isaaq (@mizisaaq) on

"Nenek ni suka sangat bila pergi mana-mana minta kita ambil gambar serta rakam video dia.

"Tapi, dia tiada laman sosial. Kami lah yang selalu muat naik aksi comelnya ke akaun Instagram untuk kenangan," ujarnya.

Sebelum ini, Sharifah Hasiah pernah tular di media sosial gara-gara videonya menyimpan pinggan mangkuk di dalam peti sejuk.

Pasangan suami isteri itu sering berkongsi video melucukan nenek mereka untuk menghiburkan orang ramai.

PUBG

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain