suria

Bank nafi sistem CIMBClicks digodam, bagi jaminan semuanya selamat!

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: CIMB Bank Berhad menafikan dakwaan bahawa terdapat kelemahan keselamatan dalam portal perbankan dalam talian bank tersebut.

CIMB berkata, portal perbankan dalam talian CIMBClicks, tetap selamat dan semua transaksi pelanggan terus dilindungi.

"Bank itu ingin memaklumkan bahawa mereka telah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.

"Selain memastikan sistem ini kini dapat menampung kata laluan lebih daripada lapan aksara dan sehingga 20 aksara, kami juga telah menambah langkah keselamatan reCaptcha di CIMBClicks untuk memastikan pengguna bukan bot," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hujung minggu lalu, kononnya terdapat isu mengaitkan portal perbankan dalam talian CIMB telah menjadi tular selepas pengguna media sosial mendakwa bahawa wang daripada akaun mereka telah dipindahkan ke laman pembayaran dalam talian PayPal.

Pengguna juga mendakwa kata laluan mereka dibuka untuk digodam.

Portal forum popular Lowyat.net juga melaporkan bahawa kelemahan keselamatan CLIMBClicks yang serius mungkin menyebabkan akaun itu digodam. - The Star

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
CIMBClicks

Artikel Lain