Rakan sebilik campak telefon gara-gara video solekan penuntut universiti, apa hal? - Viral | mStar

Rakan sebilik campak telefon gara-gara video solekan penuntut universiti, apa hal?

Menurut Illy, dia menyedari ada suara misteri dalam video mekapnya sekitar 2 pagi, Khamis lalu. FOTO: Twitter @ilysyfqh/Inquirer.net

PETALING JAYA: Perkongsian seorang gadis mengenai suara misteri yang tiba-tiba muncul dalam video solekannya menerima pelbagai reaksi netizen.

Selain dibanjiri komen pelayar Twitter yang cuba merungkai suara berkenaan, ada sebilangan netizen yang turut mempertikaikan mutu solekannya.

Pemilik nama Nurul Illy Syafiqah Shuamy, 19, mengakui tidak kisah dengan kutukan yang dilemparkan orang ramai kerana dia sendiri baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang solekan.

"Saya tahu ramai yang bash mekap saya. Tipulah kalau tak sakit hati, tapi mulut orang tak boleh nak tutup.

Saya ambil kritikan mereka sebagai semangat untuk perbaiki kemahiran. Saya ambil benda positif,  lagi bagus kalau mereka kritik dengan cara baik.

"Saya pun tak sangka ia akan viral, saya post di Twitter sebab nak tahu lebih lanjut suara tu bunyi apa sebenarnya," ujarnya sewaktu dihubungi mStar Online pada Ahad.

Menurut penuntut jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di sebuah universiti di Perak, kejadian berkenaan berlaku sekitar pukul 11 malam hingga 2 pagi, sewaktu dia membuat rakaman, Khamis lalu.

Antara yang tampil mempertahankan Illy selepas video perkongsiannya menerima reaksi negatif khususnya mengenai mutu solekannya.

Jelasnya lagi, dia berada di dalam bilik asrama bersama tiga lagi rakan sebelum menyedari kehadiran suara berkenaan, sejurus selesai membuat video solekan.

"Dalam pukul 11 lebih saya start buat video, siap dalam pukul 2 pagi tu saya tengok balik rakaman yang dibuat, nak tengok cantik ke tidak.

"Sejujurnya langsung tak dengar suara masa rakam, bila tengok balik video lepas habis mekap baru perasan suara macam lelaki berbisik.

"Memang terkejut dan takut. Saya panggil kawan saya suruh dengar, dia takut sampai campak telefon saya. Yang seorang lagi menangis sebab dia jenis lemah semangat sikit," ujarnya.

Menurut gadis yang berasal dari Ipoh itu, dia serik untuk membuat rakaman mekap pada waktu malam gara-gara kejadian berkenaan.

Antara yang turut mempertahankan gadis itu.

Tambahnya lagi, ia juga merupakan kejadian pertama yang menimpanya di asrama tersebut.

"Untuk buat video tengah malam, memang saya dah serik, sebab takut. Tapi saya tak akan berhenti buat video mekap, sebab ia hobi saya. Tapi kena tengok masa yang sesuai la lepas ni.

"Tapi syukur juga sebab tak ada sebarang penampakan, cuma gangguan suara sahaja. Tak boleh bayangkan kalau benda tu muncul," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, video yang dikongsi Illy di laman Twitter menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet) dan turut dibanjiri pelbagai komen netizen.

"I ask my nenek, bunyi dia macam old Jawa which is my nenek kata bahasa orang zaman dulu-dulu. Tak boleh nak dengar sangat sebab kurang jelas tapi macam ada unsur tak elok. “ita”ak ajuk piko” I suruh nenek cerita but dia just pesan. Banyakkan solat dan bacaan dalam rumah," tulis @ftqtqa.

"Dia tanya ada bunyi pelik atau tak? Yang lain duk kutuk make up dia apesal, otak letak pung*** ke apa?" soal seorang pelayar Twitter.

"You record time 12 pagi keatas and of course benda tu dah keluar kacau orang. Better record siang lah instead of tengah-tengah malam," tulis seorang lagi individu.

 

 

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain