Aliff Syukri naik angin hutang lebih RM2 juta tak dibayar, posting di media sosial semua hebat belaka - Viral | mStar

Aliff Syukri naik angin hutang lebih RM2 juta tak dibayar, posting di media sosial semua hebat belaka

Aliff Syukri Kamarzaman.

PETALING JAYA: Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berang dengan pihak yang didakwa liat untuk membayar semula hutangnya.

Malah, usahawan kosmetik itu turut mempersoalkan pihak berkenaan yang masih mampu bergaya mewah tanpa rasa bersalah sedangkan hutang mereka masih belum dilangsaikan. 

Tambah Aliff, beliau berusaha untuk mendapatkan semula bayaran daripada orang-orang yang berhutang dengannya, selama bertahun-tahun tetapi gagal.

“Apa patut saya buat? Kenapa ada manusia kat IG (Instagram) dan FB (Facebook) ni, cerita, gaya, pose semua hebat-hebat belaka. 

“Tapi bayar hutang liat dah setahun sehingga empat tahun minta tak dapat,” katanya dengan nada kesal, menerusi perkongsian status di laman sosial Instagram, pagi Jumaat.

Mana mungkin Aliff tidak kecewa kerana jumlah keseluruhan hutang itu adalah lebih RM2 juta.

“Kalau dikira jumlah keseluruhan orang hutang kat saya lebih RM2 juta.

“Dah telefon, WhatsApp, surat semua dah buat. Patut ke saya tularkan atau buat apa?,” kata Aliff meminta pandangan daripada para pengikutnya.

Perkongsian Aliff mengenai orang yang masih belum membayar hutang kepadanya, di laman sosial.

Segelintir netizen menasihatkan jutawan kosmetik itu tidak menularkan penghutang terbabit bagi menjaga aib mereka.

“Jangan viralkan (tular), jangan buka aib orang Datuk, nanti Allah buka aib kita,” kata @rose_nur_hanie.

Malah ada yang turut mencadangkan supaya ia dilakukan secara baik dan berhemah, dengan melibatkan perundangan.

“Tak perlu viral. Peguam kan ada. Buat cara sopan dulu dan ikut saluran betul. Lepas tu tak jalan juga, baru buat cara moden,” kata @zahraaazhar18 sambil menambah bahawa kaedah tular hanyalah pilihan terakhir.

Dalam pada itu, nasib Aliff yang menuntut hutang yang tidak dilangsaikan itu mendapat simpati pengikutnya, malah ada yang menyokong usaha beliau menyelesaikan isu berkenaan.

“Bagus Datuk minta hutang supaya mereka tidak merangkak di akhirat nanti. Macam saya pun banyak hutang, saya tak marah orang yang minta hutang.

“Kalau tak ada (wang) beritahu betul-betul. Kalau ada, bayar walaupun sedikit. Teruskan usahakan Datuk,” kata @suriyati_gap.

Aliff Syukri Kamarzaman , hutang

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain