suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat lelaki jatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemukan

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. -Gambar hiasan

MAYAT seorang lelaki yang terjatuh di Jambatan Pulau Pinang pada Selasa, ditemukan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), dekat salah satu tiang jambatan.

"Mayat dikenal pasti oleh ahli keluarga mangsa sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya.

Mangsa berusia 48 tahun dari Bayan Lepas itu terjatuh di Kilometer 5.5, Jambatan Pulau Pinang pada kira-kira pukul 2.15 pagi Selasa.

Polis menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian, pada kira-kira 2.50 pagi.

Operasi SAR dilakukan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan beberapa agensi penyelamat lain.

Abdul Rozak berkata, operasi SAR berakhir dengan penemuan mayat mangsa, dan pihak polis berterima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi tersebut. -The Star

 

 

Artikel Lain