suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agong selamat jalani rawatan di luar negara, berangkat pulang ke tanah air Jumaat ini

Baginda dijangka berangkat pulang ke Malaysia pada Jumaat ini.

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan 'musculoskeletal' (otot dan tulang).

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Istana Negara memaklumkan baginda dijangka berangkat pulang ke Malaysia pada Jumaat ini.

"Kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif serta gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda terutamanya bermain polo.

"Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah menzahirkan penghargaan tulus ikhlas kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengadakan solat hajat dan tidak putus-putus menitipkan doa untuk kesihatan Seri Paduka Baginda," menurut kenyataan itu.

Untuk rekod, Istana Negara pada 7 Februari lalu memaklumkan baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

Artikel Lain