ENAM individu termasuk seorang bayi maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di sepanjang Jalan Kelumpang, Semporna, pada petang Ahad.
Kesemua enam mangsa di dalam kereta itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut termasuk kanak-kanak lelaki 3 tahun... Kemalangan babitkan Toyota Vios, lori 5 tan di Kota Tinggi
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Madzlan Sarman, kemalangan membabitkan kereta, pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu berlaku kira-kira pukul 4.40 petang dan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.58 petang.
"Keenam-enam mangsa, termasuk bayi di dalam kereta maut di tempat kejadian manakala seorang lagi dalam kenderaan yang sama mengalami kecederaan," katanya.
Sementara itu, lapan mangsa iaitu empat individu dalam kenderaan pacuan empat roda dan empat lagi dalam MPV hanya cedera ringan. -The Star
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube