suria

Tamat tempoh reman, 16 individu termasuk CEO GISBH ditahan semula di bawah Sosma

CEO GISBH antara yang ditahan semula di bawa Sosma.

SERAMAI 16 individu, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mereka ditahan pada Khamis di bawah Sosma setelah reman mereka tamat.

"Ia menjadikan jumlah individu yang ditahan di bawah Sosma kepada 58.

"16 yang baru ditahan (di bawah Sosma) termasuk CEO GISBH dan anggota kepimpinan yang lain," katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: GISBH: Hampir 600 kanak-kanak diselamatkan, 80 kertas siasatan dibuka

Sejumlah 35 anggota GISBH yang lain masih dalam reman, sementara 273 individu telah dibebaskan dengan jaminan polis, katanya.

"37 yang lain telah dibebaskan tanpa syarat dan dua telah diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, manakala seorang lagi diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk diusir," katanya.

Tambah Mohd Shuhaily, sejumlah 97 kertas siasatan dibuka dalam operasi terhadap GISBH yang dinamakan Ops Global.

"Di antara kertas siasatan, 12 kertas siasatan melibatkan sembilan individu telah didakwa dengan 34 pertuduhan," katanya. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain