suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Hati aku dah mati untuk dia” - Cik Epal enggan rujuk dengan Jofliam, mahu kahwin lelaki yang lebih menghargai

Cik Epal berkata dia enggan rujuk semula dengan bekas suaminya.

PERSONALITI media sosial, Cik Epal memberitahu dia tidak merancang untuk kembali bersama dengan bekas suaminya, Jofliam.

Menjawab soalan netizen di Instagram, Cik Epal berkata dia hanya akan berkahwin semula jika ada lelaki yang boleh menghargai dirinya.

"Tak nak rujuk. Aku nak kahwin lain kalau ada jodoh lain. Kalau ada lelaki yang boleh hargai aku sebaiknya sebagai isteri, aku on.

"Hati aku dah mati untuk duda aku, aku nak move on," ujarnya menerusi Instagram Story pada Khamis.

ce

Jofliam dan Cik Epal berpisah selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Dalam hantaran berasingan, Cik Epal turut menjelaskan punca emosinya terganggu pada Khamis.

"Sorry aku emosi sikit hari ini sebab duda aku meroyan dekat WhatsApp panjang-panjang suruh aku update apa dia nak. Esok aku move on. Janji," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jofliam tak pernah curang, tiada orang ketiga... Cik Epal mahu jaga aib bekas suami

Terdahulu pada Rabu malam, Cik Epal memuat naik penjelasan di Instagram, memberitahu bekas suaminya itu tidak pernah curang sepanjang perkahwinan mereka.

Sebelum itu, Cik Epal pada pagi Rabu turut mengesahkan perceraiannya dengan usahawan, Jofliam selepas 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain