suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bomoh rogol budak 11 tahun dekat kolam, keluarga biar berdua-duaan untuk rawat penyakit

SEORANG bomoh warga Indonesia yang merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan tujuh sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan, Zaini Fisal menjatuhkan hukuman itu pada Khamis selepas Rapi Kinase, 54, mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan berhampiran sebuah kolam di daerah Kinabatangan pada Mei tahun lalu.

Zaini turut memerintahkan supaya tertuduh dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita maut selepas dirogol, dipaksa minum racun oleh jiran... Penduduk kampung serang suspek, belasah dengan buluh

Mengikut fakta kes, keluarga mangsa mendapatkan bantuan tertuduh, seorang "perawat tradisional" untuk merawat penyakit gadis itu.

Tertuduh kemudian memberitahu keluarga itu dia bermimpi gadis tersebut akan diserang buaya dan dia terpaksa membawanya ke kolam untuk melakukan ritual yang akan menangkis serangan itu.

Keluarga mangsa yakin dan membenarkan dia pergi ke kolam itu berdua-duaan dengan mangsa. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain